Kerajaan PR Selangor pun bagi RM500 duit raya kepada kakitangan awam, namun bagi guru Kelas Agama dan Fadhu Ain (Kafa) cuma dapat RM250 saja??

HaraPASDaily


Kakitangan Kerajaan Negeri Selangor akan menerima bayaran bantuan khas hari raya sebanyak RM500 sebagai persediaan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bulan depan.

Khalid berkata bayaran bantuan khas hari raya ini akan dibayar sebelum 1 Syawal kepada semua kakitangan kerajaan negeri kecuali kakitangan Gred JUSA ke atas.[asal sama dengan kerajaan pusat?]

Seramai 9,089 kakitangan awam akan mendapat manfaat daripada keputusan ini yang melibatkan kos pembayaran sebanyak RM4.5 juta.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah memperuntukkan bayaran khas sebanyak RM250 kepada 5,297 guru Kelas Agama dan Fadhu Ain (Kafa) yang akan melibatkan pembayaran sebanyak RM1.3 juta.[macam tak bernilai jer guru KAFA]

Khalid berharap bantuan Hari Raya ini dapat meringankan beban kakitangan awam untuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri terutama mereka yang mempunyai ahli keluarga yang ramai.

Khalid juga menasihatkan kakitangan awam dan guru KAFA supaya bersederhana dalam segala hal dan berbelanja secara berhemah mengikut kemampuan serta keperluan.

GHOSTWRITER
Aku dengar Kerajaan PR Kedah pun bagi RM500 juga. Sebelum ni diam. Asal tunggu pusat ker? Guru KAFA hanya menerima RM250? Apani? PAS mana? Nampak sangat tak hargai guru-guru agama. Takde nilainya ke guru-guru ini di mata PR Selangor?

Post a Comment