TERBUKTI : Bukan takat Karpal, LGE pun tolak HUDUD, yang PAS dok meroyan dengan PR tew buatpa?

Dr Novandri Hasan Basri
"Dalam satu majlis keramaian hari ini, Lim Guan Eng yang selama ini membisu tentang penolakkan Hudud oleh parti DAP telah menyatakan pendirian bahawa beliau turut membantah Hukum Hudud dan negara Islam yang diperjuangkan oleh parti PAS."

Persoalannya,

1.
 Apakah reaksi penyokong-penyokong PAS dan Melayu Pulau Pinang jika metafora di atas adalah sah dan benar-benar diucapkan sendiri oleh Lim Guan Eng ?


Persoalan di atas amat menarik untuk difikirkan. Lebih-lebih lagi jika kita perhatikan kenyataan kronisme beliau, Lim Kiat Siang dan Karpal Singh yang tidak berganjak dengan prinsip parti yang menolak Hukum Hudud dan negara Islam parti PAS.

Dan sebagai Setiausaha Parti DAP, Lim Guan Eng sebenarnya tertakluk kepada prinsip DAP yang selama ini anti-perjuangan parti PAS. 
Beliau tahu tentang perkara tersebut. 


Kerana itulah segala perjumpaan, peluk cium dan gelak ketawa di antara beliau dan pemimpin serta ahli-ahli PAS di Pulau Pinang hanyalah merupakan satu lakonan sekadar menyedapkan hati penyokong-penyokong Islam beliau.

Sama ada Lim Guan Eng mahu menyatakannya atau mendiamkan diri, beliau adalah pegawai DAP yang sebenarnya anti-perjuangan parti PAS. Itu yang pasti!!
Dan kenapakah Lim Guan Eng lidah biawak ini diam seribu bahasa dan tidak berani menjawab cabaran M.I.M supaya beliau membuat kenyataan rasmi mengenai Hukum Hudud parti PAS?

1. Lim Guan Eng berkemungkinan besar akan mendapat penentangan bukan sahaja dari pihak luar tetapi juga dari dalam Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Tentangan tersebut menjadi sangat signifikan dan menyakitkan sehingga menjatuhkan maruah dan kredibiliti beliau.

2. Segala lakonan beliau sehingga di angkat sebagai Khalifah Umar Aziz akan terbantut dan beliau akan mendapat malu yang amat sangat sehingga mampu membuatkan beliau tidak mahu lagi berjumpa dengan orang ramai terutamanya orang Melayu.

3. Karier politik Lim Guan Eng di Pulau Pinang mungkin tidak lama. Walau pun beliau masih ada hati untuk memegang jawatan tetapi desakan seharian beliau sama ada di ofis atau diluar akan menyebabkan beliau merasa sangat rimas, takut dan sangat malu. Beliau adalah Ketua Menteri tetapi setiap kali beliau turun ke padang, beliau akan disindir, diherdik dan dimalukan seolah-olah beliau itu suadah tidak bermaruah dan tiada kredibiliti lagi.

Yang lebih memalukan ialah apabila kepimpinan parti PAS yang terlebih dahulu menyuruh pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli supaya tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai isu tersebut. Bukannya parti DAP!!

Apa-apa pun, di dalam isu di Pulau Pinang, orang Melayu dan juga penyokong-penyokong PAS perlu bangkit dan sama-sama berusaha untuk menjatuhkan Lim Guan Eng dan boneka-boneka beliau di dalam kerajaan negeri.

Lim Guan Eng perlu di ajar supaya tidak lagi memperbodoh-bodohkan penyokong-penyokong PAS dan Melayu yang lain di Pulau Pinang ini.
Lim Guan Eng mesti mengundurkan diri !! Maruah sudah tiada, kredibiliti hancur bersama pembohongan beliau !!

Post a Comment