PAS tersepit lagi : HUDUD ditentang DAP : Sejarah 2001 bakal berulang?


Untuk rekod, pada tahun 2001 DAP meninggalkan Barisan Alternatif secara tergesa-gesa apabila PAS berkeras mempertahankan bahawa parti itu akan menubuhkan negara Islam yang berpaksikan undang-undang Islam dan hukum hudud jika berkuasa.

Yang nyata dari dulu hingga kini Pakatan Rakyat terpaksa bergerak dengan ideologi masing-masing di samping hanya satu persamaan yakni menjatuhkan kerajaan BN. Hakikatnya ideologi PKR hanyalah untuk melepaskan Anwar dari kes liwatnya, DAP dengan racistnya dalam memperjuangkan hak kaum cina tanpa had dan PAS dengan Negara Islam serta hudud.

Hari ini suara Hudud bergema kembali dan sekali lagi, TGNA sekali lagi terpaksa menutup lopong dengan kenyataan yang tidak masuk akal. Katanya Karpal Singh yang tidak setuju dengan cadangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud adalah pandangan peribadi saja. (klik)

Dek kerana dah keadaan semakin meruncingkan, Ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad menggesa pemimpin Pakatan Rakyat supaya menghentikan perbalahan mengenai ura-ura hukum hudud akan dilaksanakan jika mereka membentuk kerajaan persekutuan. APA NIE PAS? BACUL DENGAN DAP KER?

Jelas sekali PAS sanggup menolak hasrat murninya yang mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam dek kerana takut rakan sekelambunya DAP meninggalkan Pakatan Rakyat. PKR seperti biasa hanya berdiam diri dalam berhadapan dengan isu ini.

"PAS pula mesti fahami bahawa apa yang kami lakukan, kita mesti lakukan dengan mandat orang ramai. Kita tidak boleh paksa orang ramai terima Islam. Ini akan timbulkan kegelisahan dan ketakutan di kalangan bukan Islam dan ada kalanya orang Islam sendiri.”

"Dan selagi hudud dan penubuhan negara Islam menjadi satu momokan untuk DAP manakala PAS pula menentang negara sekular, maka kedua-dua mereka akan bertelagah sehingga hari kiamat, maka BN dan Umno akan terus menguasai negara ini dan kita boleh lupakan hasrat mengambil-alih kerajaan persekutuan.”

Pengerusi DAP Karpal Singh dan penasihat parti itu, Lim Kit Siang, baru-baru ini sekali lagi bertikam lidah dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mencadangkan hukum hudud dilaksanakan jika ditakdirkan Pakatan mengambil-alih kerajaan persekutuan.

Menurut Nik Aziz undang-undang Islam diperlukan bagi membanteras gejala sosial, tetapi Karpal dan Lim bertegas, perlembagaan Malaysia menentukan bahawa negara ini akan ditadbir oleh undang-undang dan konvensyen sekular.

Persoalan GHOSTWRITER
Kenapa hanya PAS saja perlu faham dan bertolak ansur dengan DAP? Kenapa tidak DAP? DAP kini bebas mempersoalkan Azan umat Islam, menyuarakan hak samarata dengan satu masjid, satu kuil dan 1 tokong. DAP juga bebas memperdagangkan hak keistimewaan Bumiputera tapi apa tindakan PAS? Hanya mampu memberikan kenyataan seperti ini

“Pandangan itu lebih bersifat peribadi DAP” (klik)

Post a Comment