Pemimpin PAS Tidak Senang Melayu Bersatu...


Saya merasa amat terharu dan sedih dengan tulisan Andak Jauhar dalam ruangan ini pada 9 Ogos lalu bertajuk PAS Cemari Masjid. Memang benar sebahagian besar pemimpin PAS, termasuk Mursyidul Amnya, amat tidak menyenangi umat Melayu bersatu.

Mereka menafikan seruan Rasullullah yang diajar sejak lebih 1400 tahun dahulu. Mereka begitu taksub dan ego dengan sokongan daripada ahli mereka yang taksub. Mereka lupa bahawa segala yang berada di atas muka bumi ini milik Allah termasuk kuasa, pengikut, pengaruh hatta diri mereka sendiri.

Mencerca saudara sesama Islam itu besar dosanya. Bagaimana pula dengan memutuskan silaturrahim? Tentunya para alim dalam PAS lebih tahu. Tapi jika sekadar tahu maklumat bukanlah namanya berilmu. Samalah dengan tahu sunah tapi tiada satu yang diikuti.

Kalau saudara Andak perasan, terdapat satu siri ceramah oleh seorang ustaz PAS yang terang-terang menyeranah seorang bekas mufti dengan gelaran bapak syaitan. Jangan kata orang biasa yang terperanjat dengan keceluparan tersebut, malah budak-budak muda, hatta mat rempit pun tahu akan kebiadapan ustaz tersebut.

Berpengaruh sangatkah kita sehingga tidak mahu tunduk kepada seruan murni ke arah perpaduan ini? Besar sangatkah kita sehingga tidak boleh memaafkan? Bijak berkata-kata mengalih tajuk dari bangsa kepada payung Islam (konon). Allah tahu apa yang tersirat di sebalik kalimat tersebut. Anda para pemimpin PAS hanyalah wakil kepada pendukung PAS. Parti tersebut bukan hak mutlak bersifat individu, ia adalah amanah semata-mata.

Telah banyak teladan di dalam kitab-kitab yang menceritakan terdapat para alim yang mempunyai ramai pengikut dan pelajar telah terpesong apabila melalui ujian Allah. Pengikut dan penyokong yang ramai, kuasa dan pengaruh adalah sebahagian daripada ujian Allah. Ingatlah.
nurkilan seorang anak melayu

Post a Comment