LIVE frm GALAS – DAP AKUI RAGUI PAS? SOLIDARITI PEMBANGKANG TERBUKTI RETORIK!


Persoalan siapa calon Pas akhirnya terjawab sudah, dan ternyata Pas masih menurunkan calon yang pernah ditolak di Parlimen Gua Musang dua kali  sebelum ini.

Semua sedia maklum bahawa calon Pas, Dr Zulkifli Mohamad  pernah mencabar Tengku Razaleigh Hamzah di kerusi Parlimen Gua Musang dua tahun lalu,dan tewas dengan majoriti 4,394 undi.

Menariknya, dalam majlis pengumuman yang berlangsung malam tadi di Dataran Ilmu, bersebelahan Masjid Faiz , Galas menyaksikan pimpinan tertinggi DAP sama ada Anak dan Bapak, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng mahupun ‘pendekar DAP -langkah mayat saya dahulu’ Karpal Singh tidak hadir bersama.

DAP hanya menghantar Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koh Ham yang boleh menggambarkan betapa pimpinan DAP tidak ‘solid’ memberikan sokongan kepada calon ‘recycle’ Pas bagi pilihanraya kecil kali ini.

Lebih menarik, Ngeh yang semua orang tahu ‘berkelahi’ dengan orang kanan DAP Perak, M. Kulasekaran hingga mengakibatkan rumah tangga DAP Perak bergoncang membuat pengakuan bahawa DAP Perak meragui Pas sewaktu ingin menubuhkan kerajaan ‘serba tak kena’ Perak dulu.

Alkisahnya, selepas 8 Mac 2008, tatkala pembangkang memenangi kerusi majoriti di DUN Perak, DAP Perak katanya tidak boleh terima hakikat bahawa kerusi Menteri Besar Perak bukan dilantik dikalangan pimpinan mereka, sebaliknya dari Pas yang memenangi kerusi paling minoriti dikalangan pakatan pembangkang.

Dengan nada jelas, Ngeh berkata DAP sememangnya tidak bersetuju dan tidak sudi menubuhkan kerajaan di negeri Perak ketika itu. Ngeh sendiri akui menerima ratusan sms yang menuduh DAP gila kuasa sehingga sanggup menggadaikan prinsip perjuangan mereka dan ‘meredhoi’ matlamat perjuangan Pas yang ditentang hebat Pengerusi DAP sendiri, Karpal Singh sejak berkurun lama sebelum ini.

Bahkan, Penasihat DAP Lim Kit Siang sendiri menurut Ngeh,pernah menasihat DAP Perak agar terus menjadi pembangkang asalkan tidak hilang undi Cina yang kecut perut dengan Pas sebelum ini.

Ayatnya Ngeh bebunyi begini “ KITA TIDAK LAGI SUDI MENUBUHKAN KERAJAAN NEGERI PERAK APABILA SEORANG AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI DARIPADA PAS AKAN MENERAJUI KERAJAAN DI NEGERI PERAK!.

Ngeh juga menyebut Lim Kit Siang pernah berkata “SAUDARA NGEH,LAGI BAIK JADI PEMBANGKANG ADA PENYOKONG DARIPADA MENERAJUI KERAJAAN SEBENAR DITOLAK RAKYAT SAMA SEKALI DALAM PILIHANRAYA AKAN DATANG!”

Nah, jelas sudah di depan Hadi , Nik Aziz dan Anwar Ngeh membuka tembelang sebenar akan sikap dan pendirian DAP. Bahkan penyokong tok-tok pas yang hadir sendiri mendengar ‘sebutir-sebutir’ pengakuan Ngeh ini.

Untuk itu, kehadiran Ngeh wakili DAP di pentas Pas malam tadi bolehlah disifatkan sokongan DAP pada pilihanraya kecil kali ini sekadar ‘hangat-hangat tahi ayam’ kerana semua tahu pakatan rapuh pembangkang ini hanya ‘tidur satu bantal, tapi mimpi lain-lain’.

kenyataan Ngeh malam tadi TURUT melambang DAP seolah-olah ‘ hidup segan, mati tak mahu’ duduk dalam pakatan pembangkang SEJAK DULU, KINI DAN SELAMANYA.

Belumpun pengumuman rasmi belum dimulakan, Pas hakikatnya sudah tewas dari segi moral kerana masih menurunkan calon ‘recycle’ yang pernah ditewaskan Ku Li dua kali sebelum ini.

Pas sendiri seolah-olah menidakkan ‘signal’ yang pernah dihantar pengundi Gua Musang bahawa mereka tidak berminat dah dengan Dr. Dzulkifly dua kali sebelum ini.

Oleh itu, wahai pengundi Galas jangan mudah terpesona dengan cakap-cakap pembangkang yang lunak dialun tapi hakikatnya jauh sekali dari realiti!

Rakyat hakikatnya hari inisudah muak dengan soal ketandusan moral kepimpinan pembangkang yang tak sudah-sudah!

Pas sudah diberi peluang di Galas sebelum ini, tapi apa hasilnya untuk pengundi Galas sehingga hari ini?.. Kerancakkan pembangunan? Tak dok!!! Kebajikan rakyat diutamakan? Tak dok!! Cukup-cukup lah abe, ambo tok seh ditipu doh!!

Post a Comment