LIVE frm GALAS : PAS ‘KELENTONG’ ORANG ASLI?!! HINA SANGATKAH ORANG ASLI GALAS?


Pas nampaknya begitu terdesak dengan melancarkan kempen lebih awal dan menjadikan perkampungan Orang Asli Galas menjadi tumpuan utama.

Soalnya, kenapa dalam PRK kali ini, Pas begitu memberi tumpuan kepada Orang Asli? Adakah Pas sengaja nak ‘tunjuk baik’ selepas Orang Asli di’kencing’ kononnya calon Pas bakal dilantik dikalangan mereka tidak menjadi realiti?

Difahamkan semalam Calon Pas, Dr Zulkifli Mohamad beserta juak-juaknya mula menjadikan kawasan perkampungan Orang Asli di Galang, Gertas, Ladoi dan Eching berkempen.

Penasihat Jentera PRK Pas, Wan Abdul Rahim sempat menempelak Jabatan Hal Ehwal Orang Asli ( JHEOA) kononnya cuba menghasut orang asli tidak menyokong Pas.

Ape punya bodoh mereka ni? Dah tentu kerja JHEOA memang menjaga kebajikan Orang Asli, tak kan nak jaga kebajikan pemimpin Pas yang kaya-raya jual hasil balak Galas pulak!

Hakikatnya, Pas sendiri menghina Orang Asli Galas apabila sekadar menyenaraikan pemimpin tempatan masyarakat berkenaan, Pandak Panjang Ey sebagai bakal calon, namun Dr. Zul jugak yang dipilih! Kesian Orang Asli Galas, kempunan nak tengok wakil mereka jadi calon ADUN tidak kesampaian!

Semalam, Wan Abdul Rahim dari Pas Kota Bharu hakikatnya menambah penghinaan terhadap Orang Asli Galas apabila mereka tidak langsung mengendahkan dan menghormati permintaan Pandak sebagai Ketua Perhubungan Orang Asli supaya parti politik tidak menjadikan penempatan mereka sebagai medan pertembungan parti yang bertanding.

Kalau Pandak, Ketua kaum Orang Asli sendiri pun Pas tak hormat, apetah lagi anak-anak buahnya yang hanya dicari apabila menjelang musim pilihanraya sahaja.

Cukup-cukup lah memperbodohkan kaum pribumi ini!!! Jangan ingat mereka tak ngaji tinggi macam Dr. Zul, mereka tak boleh fikir parti mana yang benar-benar mampu membela nasib mereka!!!

Bagi pengundi Cina dan India Galas, saksikanlah taktik jahat Pas ini dalam memancing undi, semata-mata nak dapat sokongan, Pas sanggup memperlekehkan Orang Asli. Dahlah tak dijadikan Calon, silap2 habis semua hasil balak di penempatan Orang Asli dirompak Pas jika mereka menang nanti!!

Nasib  baik Pas tak senarai pemimpin Cina dan India Galas dari Dewan Perhimpunan Penyokong Pas –DPPP mereka dalam senarai awal bakal calon.. Jika ini berlaku, habis semua kaum di Galas sah-sah kene ‘kencing hidup-hidup’ dengan Pas kali ini!

“DULU BAGI KO PAS, LA NI BAGI BN PULOK”

Post a Comment