Wali Selipar Anjur Konsert Wali Band Sambut Tahun Baru 2011 di New Castle



Kenapa kerajaan negeri Kelantan menjemput kumpulan muzik Wali Band dari Indonesia untuk buat konsert di Kota Baru sempena malam sambutan Tahun Baru? Adakah kerana kumpulan dari seberang ini popular dengan dua tiga lagu berunsur dakwah ataupun kerana Nik Aziz sendiri minat dengan perkataan “wali” pada kumpulan tersebut?


Kalau hendak diberikan alasan berhibur sambil berdakwah, mengapa tak jemput saja kumpulan-kumpulan nasyid yang berlambak didalam dunia hiburan negara? Dah sah kumpulan nasyid tersebut akan menyanyikan lagu dakwah dan amat kurang sekali lagu-lagu cinta.


Kumpulan Wali Band dari Indonesia ini popular kerana lagu-lagu cinta mereka. Takkanlah Nik Aziz dan juga pemimpin PAS Kelantan sudah beralih minat mendengar lagu-lagu cinta pula? Ada sahabat Spy dengan sinis mengatakan, “Nik Aziz panggil kumpulan Wali band kerana nama kumpulan tersebut, bukan kerana lagunya”. Betul jugak tu…. Mungkin kerana Nik Aziz digelar “wali PAS”, maka dia kena dengar lagu dari kumpulan wali juga.


Dan Spy terfikir, kalau nak diikutkan kata sahabat Spy pasal teorinya jemputan Wali band tu ke Kelantan.., tahun depan mesti dijemput pula kumpulan Dewa yang popular di Indonesia tu. Ini kerana, Nik Aziz bukan saja dinaik taraf jadi “wali” buat pengikut PAS Kelantan, dia juga amat di”dewa”kan oleh ahli-ahli PAS seluruh negara. Jadi, kumpulan Dewa tu memang sesuai buat persembahan didepan Nik Aziz.


Spy lihat, Kelantan di bawah pimpinan PAS sekarang ni makin liberal dan sekular. Kelantan sekarang ni dah tak macam dulu lagi. Tahun lepas pihak kerajaan negeri dah “halalkan” Konsert Jom Heboh di negeri tersebut. Dulu bukan main lagi kata konsert anjuran TV3 ini haram kerana bercampur lelaki dan perempuan. Dan sekarang ini, bakal menyusul pula konsert malam Tahun Baru.



Adakah lelaki dan perempuan akan diasingkan didalam konsert tersebut? Sebelum ni, petugas Amal PAS bukan main lagi kata para penonton akan dipastikan tak duduk bercampur bagi mengelakkan maksiat. Kalaupun tak bercampur di konsert, bagaimana pula waktu pulang dari konsert tersebut? Adakah petugas-petugas amal PAS akan hantar sorang-sorang anak dara Kelantan balik kerumah masing-masing?


Konsert sebegini dah tentunya akan habis pukul 11-12 malam. Tak terfikirkah Nik Aziz dan pemimpin PAS bahawa lagi haru jika anak-anak muda Kelantan ber”couple” balik dari konsert tersebut? Ntah ke mana mereka akan singgah sebelum sampai dirumah nanti.


Menariknya, kalau negeri-negeri lain cuma mengadakan sambutan sehari sebelum Tahun Baru, Kelantan pada tahun ini lebih hebat. Mereka menganjurkan Program mega selama 2 hari yang berlangsung pada 30 & 31 Disember 2010 meliputi Dataran Stadium Sultan Muhammad ke IV. Dan program sambutan ini dijalankan kononnya berdasarkan untuk kutipan derma bagi rakyat Palestin.


Nak tergelak juga rasanya, kenapa sibuk-sibuk nak kutip derma untuk Palestin? Tiada lagikah rakyat negeri Kelantan yang hidup susah dan miskin? Rasanya masih banyak rakyat Kelantan yang daif serta hidup dalam keadaan serba kekurangan. Kenapa tak dikutip derma dan diberi bantuan kepada golongan ini saja?


Inilah yang dikatakan “anak kera dihutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan”. Perumpamaan ini amat sesuai dengan pentadbiran Nik Aziz di Kelantan. Didalam negeri sendiri banyak rakyatnya yang hidup merempat, tetapi dia dan pemimpin PAS lebih utamakan pula rakyat Palestin. 


Itupun belum tahu kutipan derma tersebut sampai atau tidak.., entah-entah, jadi macam Tabung Memali dan KOHILAL juga akhirnya.

Ehsan Spy Leman (myKMU)


GHOSTWRITER
Jom layan lagu Wali Band, khas aku tujukan buat Wali Selipar

Post a Comment