GEMPAR!! Anwar hantar SPY untuk bongkar rahsia Penemuan TGNA dengan Najib!!

Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum PKR akan menghantar Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasution untuk bertemu dengan Nik Aziz bagi mendapatkan keterangan terperinci mengenai pertemuan pemimpin PAS serta UMNO di Istana Negara baru-baru ini.


Anwar juga dikhabarkan kurang berpuas hati dengan kenyataan rasmi Nik Aziz semalam yang disifatkan terlalu umum dan tak menjelaskan keadaan sebenar. Sebab itulah Saifuddin diarahkan untuk berjumpa dengan Mursyidul Am PAS tersebut.


Selain dari meminta penjelasan dari Nik Aziz, Saifuddin juga diarahkan oleh Anwar bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai apa yang dibincangkan oleh pemimpin-pemimpin negara bersama wakil PAS serta DYMM YDP Agong.

Jelas disini bahawa Anwar sudah mula tak sedap duduk dengan perkembangan terkini apa yang didakwa sebagai usaha mewujudkan Kerajaan Perpaduan tersebut. Anwar juga tak mampu menahan nafsunya untuk mengetahui segala butiran didalam perbincangan itu.

Pemimpin-pemimpin DAP pula hanya mengharapkan Nik Aziz menjadi "penyelamat" mereka berhubung dengan isu kerajaan perpaduan ini. Jika Nik Aziz "berpaling tadah", maka ini akan menyebabkan runtuhnya gabungan pembangkang didalam Pakatan Rakyat.

Anwar pastinya tak mahu sebarang usaha "memancing" PAS keluar dari Pakatan berlaku. Ini akan menjejaskan angan-angannya untuk menjadi PM ke7 selepas DS Najib. Jika PAS memihak kepada UMNO, ia bermakna "pelindung" Anwar didalam kes liwatnya juga hilang.

Sebab itulah PAS amat penting bagi Anwar demi untuk meneruskan survival politiknya didalam negara ini. Tanpa PAS, Anwar akan kehilangan kuda tunggangan dan juga perisai bagi menghadapi "serangan" UMNO serta cybertroopersnya terutama didalam menghadapi PRU13 nanti.

Post a Comment