Pakatan pembangkang semakin cemas apabila berbagai pihak mula mendesak kerajaan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes video seks melibatkan seorang pemimpin kanan pembangkang yang dikatakan mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Desakan berbagai pihak termasuk NGO’s tambah memuncak apabila youtube dan para blogger mula menayangkan keratan klip video seks sepanjang 1:47 minit tersebut kepada umum.
Masyarakat mula ghairah untuk mengetahui perkara sebenar mengenai video tersebut. Mereka ingin tahu hal yang sebenarnya, siapa pelakon utama dalam video tersebut, adakah benar ia Dato’ Seri Anwar Ibrahim atau seorang lain yang mirip wajahnya.
Keinginan rakyat mengetahuinya tambah memuncak, apabila sidang akhbar yang dibuat oleh Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Ismail yang juga isteri kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim ternyata tidak konsisten menjawab asakan pemberita yang bertanyakan berbagai-bagai soalan mengenai isu tersebut. Tambah mengejutkan lagi, apabila rata-rata pemimpin pembangkang menolak penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kesahihan video tersebut.
Apa yang menjadi persoalan kepada rakyat sekarang ialah, kenapa pihak pembangkang terlalu beria-ia sangat menolak penubuhan Suruhanjaya Diraja. Sedangkan suruhanjaya ini diyakini mampu untuk membicarakan kesahihan dan tuduhan yang dilemparkan kepada Ketua Pembangkang itu dengan seadil-adilnya. Jika suruhanjaya tersebut ditubuhkan kelak, ia boleh dianggotai oleh pemimpin-pemimpin pembangkang seperti Presiden PAS, PKR dan DAP.
Selain itu, tidak wajar ada kebimbangan langsung dalam kalangan pemimpin pembangkang jika mereka benar-benar yakin bahawa pelakon utama dalam aksi video seks tersebut bukan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagaimana yang didakwa. Bagi keseluruhan rakyat, konsep berani kerana benar itu harus menjadi pegangan dan prinsip kepada pakatan pembangkang, bukan mereka sekadar berusaha mencari alasan untuk menutup kelemahan yang sedang mereka lakukan.
Secara kesimpulannya, jika penubuhan Suruhanjaya Diraja mampu direalisasikan, ia akan dapat menyiasat secara terperinci mengenai video seks tersebut, serta diyakini mampu untuk merungkai banyak persoalan yang menjadi perbualan dalam kalangan rakyat negara ini. Paling penting sebagai pemimpin, janganlah terlalu banyak berpolitik dan beretorik untuk kepentingan peribadi, tetapi haruslah lebih mengutamakan keperluan rakyat yang mahukan mereka diketuai oleh pemimpin yang benar-benar bersih dan mempunyai tahap moral yang tinggi.
Post a Comment