Hari ini kita tahu bahawa Pakatan Rakyat bijak menggunakan pendekatan ceramah umumnya bagi menjelaskan isu yang dimainkan di media. Disebalik penjelasan isu, turut diselitkan adalah agenda mem'brand'kan BN sebagai rasuah, pemimpin BN hidup mewah, menolak Islam dan sebagainya.
1) Rasuah - Pakatan Rakyat berjaya memberikan tanggapan bahawa BN rasuah walaupun mereka juga adalah pengamal rasuah. Ini kerana Rasuah ini adalah masalah umat sekarang, bukan saja BN. Jika dikaji, DAP lebih bijak berselindung dengan Islamic PAS dalam perkara ini. PAS juga bukanlah Islamic sangat kerana berselindung dengan 'Islam' yang dipolitikkannya. Buktinya disini.
2) Pemimpin BN hidup mewah - Memang ya pemimpin BN hidup mewah. Aku akui. Tidak aku nafikan. Namun adakah pemimpin Pakatan hari ini tidak mewah? Baru saja menjadi wakil rakyat sepenggal sudah mewah? Adakah secara kebetulan atau sememangnya mereka sejak zahirnya kaya?
3) Pemimpin BN tolak Islam? - Jangan jadi hipokrid berkenaan perkara ini. Kita sesama Islam tuduh UMNO tidak Islam, PAS lebih Islamnya. Namun siapakah yang wujudkan pengajian Islam yang aku anggap telah lengkap di sekolah sekarang? Adakah anak kita gagal mendapat pendidikan Islam salah kerajaan UMNO seperti tuduhan BOB LOKMAN? PAS baru saja nak laksana itu dan ini, namun bila buka mulut saja, DAP tutupkan, dah tarik balik hasrat Islamnya.. Bagaimana PAS nak laksana negara Islam sedangkan sebut negara Islam depan DAP pun tidak boleh? Ironinya PAS sanggup tolak Islam demi hubungan suci bersama DAP.
GHOSTWRITER : Adakah PerangSaraf Pakatan lebih berjaya atau BN terlalu baik?
Post a Comment