Wanita Muslim Uighur berhadapan dengan polis rusuhan Komunis China di Urumqi
Dalam kita bermewah, di Somalia jutaan umat Islam negara itu terpaksa hidup dalam kesengsaraan, kebuluran akibat kemarau berpanjangan dan konflik bersenjata yang tidak ada kesudahannya.
Jika kita sudi mengikuti perkembangan yang amat memilukan ini, tidak mungkin tidak keinsafan akan menular dalam diri dan rasa betapa bertuahnya kita hidup di bumi Malaysia.
Begitu juga dengan nasib yang menimpa umat Islam etnik Uighur di wilayah Xianjiang timur China. Ketika umat Islam berlumba-lumba mengisi Ramadhan dengan berpuasa dan bertarawih, mereka bukan sahaja dilarang bersembahyang di masjid atau melakukan aktiviti berbentuk keagamaan tetapi juga dilarang berpuasa – satu bentuk tindakan atau penghinaan berterusan kerajaan China ke atas etnik Uighur.
Julai 2009 lalu, pertempuran antara etnik Uighur dengan etnik pendatang Han di Urumqi mengorbankan 200 sementara 1,700 yang lain cedera, dan sejak itu kerajaan China terus mengenakan pelbagai bentuk tekanan ke atas etnik Uighur dalam usaha untuk mengekang kebangkitan kumpulan pemisah yang menuntut autonomi di wilayah yang dikenali sebagai Turkistan Timur itu.
Layanan buruk kerajaan China terhadap etnik Uighur tidak banyak diketahui masyarakat dunia kerana China berusaha menyekat sebarang penyaluran maklumat ke dunia luar. Kebanyakan negara Islam pula tidak memberikan sebarang reaksi terhadap tindakan kerajaan Cina itu atas alasan ia merupakan masalah dalaman negara itu selain tidak mahu menjejaskan hubungan baik kedua-dua negara yang menguntungkan dari sudut ekonomi.
Akibatnya, nasib umat Islam etnik Uighur ini terbiar begitu sahaja tanpa sebarang pembelaan. Jika ada pun pihak yang bersuara hanyalah pemimpin-pemimpin politik Uighur yang kini hidup dalam buangan, sedangkan negara-negara Islam yang mempunyai hubungan baik dengan negara Komunis itu hanya menutup mata terhadap tindak tanduk China yang jelas bukan sahaja berusaha menafikan hak etnik Uighur, tetapi juga menghina kesucian agama Islam.
Di bawah peraturan baru itu, etnik Uighur juga berdepan dengan kemungkinan kehilangan kerja atau tidak diberikan bonus tahunan sekiranya enggan makan makanan yang disediakan oleh syarikat tempat mereka bekerja pada siang hari.
Turut dijadikan sasaran golongan pelajar beragama Islam yang dipaksa makan sepanjang bulan Ramadhan ketika waktu rehat sekolah. Lebih malang, tokoh agama juga berdepan dengan kemungkinan kehilangan lesen berceramah sekiranya mereka mengadakan aktiviti ceramah atau menyeru umat Islam berhimpun bagi menjalankan kegiatan beragama.
Apa yang diperjuangkan etnik Uighur hanyalah menuntut hak dan pemerintahan sendiri. Namun tindakan dan penghinaan kerajaan China terhadap penduduk Islam dan kesucian agama Islam hanya akan menyemarakkan lagi rasa kebencian mereka terhadap Beijing.
Kebelakangan ini polisi Beijing di wilayah itu juga banyak dipersoalkan. Jika dulu Uighur membentuk majoriti di wilayah nenek moyang mereka, dasar Beijing membawa masuk etnik Han telah mengubah sama sekali demografi wilayah tersebut. Uighur kini menjadi etnik minoriti dan usaha Beijing itu nyata berhasil untuk menolak etnik Uighur keluar dari wilayah mereka, seterusnya memastikan Xianjiang yang cukup strategik dan kaya dengan hasil bumi tetap menjadi milik China buat selama-lamanya.

Sumber Malaysiaaktif
GHOSTWRITER : "Berita sekadar renungan. Adakah kita mahu gadaikan Negara kita kepada DAP?"
Post a Comment