Kumpulan anti-homoseksual bertempur dengan AnwarIbrahim?



PARIS - Beratus ribu kumpulan anti-homoseksual berarak di Champs Elysees bagi membantah rancangan pelaksanaan rang undang-undang membenarkan perkahwinan sejenis di Perancis.

Dipetik Reuters, polis menganggarkan lebih 300,000 peserta mengambil bahagian dalam perarakan itu bagi membantah pelaksanaan penggubalan undang-undang tersebut oleh Presiden Francois Hollande menjelang Jun ini.

Pegawai polis tempatan berkata, perarakan itu turut disertai anggota parti politik konservatif, pergerakan Islam dan penduduk termasuk kanak-kanak.

“Mereka mendesak Hollande memberhentikan segera draf itu dan mendesak beliau meletak jawatan,” katanya.

Menurutnya, anggota keselamatan terpaksa menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan tunjuk perasaan.

Presiden Perancis itu menimbulkan kemarahan banyak pihak apabila cuba melaksanakan penggubalan undang-undang tersebut di Parlimen tanpa melakukan pungutan suara dan tidak memberikan maklumat terperinci mengenai rang undang-undang berkenaan.

sumber : SinarHarian

Jika di Perancis dah ada kumpulan anti-homoseksual, taklama lagi adala kumpulan sebegini di Malaysia. Konfrem. Demo sebegini akan berlaku jika anwar jadi PM sekali pun. Kumpulan ini akan berhadapan dengan polis.. samalaaa.... 

Post a Comment