Al-Fatihah : Semalam sahaja tiga orang ulama' di Malaysia telah kembali menemui Allah


Allahurabbi.. Semalam sahaja ( 25 Mac 2013 ), tiga orang ulama' di Malaysia telah kembali menemui Allah.

TUAN GURU HAJI ALI ( KEDAH)
TUAN GURU SYEIKH MUHAMMAD BIN ABDULLAH ( KEDAH )
DR UTHMAN EL-MUHAMMADY ( Tokoh Maal Hijrah 2005, KELANTAN )

Begitu pantas Allah menarik nyawa alim ilmu. Semoga mereka semua ditempatkan di kalangan para syuhada'. Innalillah wa inna ilaihi raji'un. Al-Fatihah.. 

"Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu sekaligus dari para hamba, akan tetapi Allah mencabut ilmu dengan mewafatkan para ulama, sehingga ketika tiada lagi seorang alim, maka manusia akan menjadikan orang-orang bodoh sebagai pemimpin, lalu mereka ditanya, kemudian mereka akan memberikan fatwa tanpa ilmu, maka mereka sesat lagi menyesatkan orang lain." - Hadis Bukhari dan Muslim. 

*Foto adalah perkarangan rumah kediaman Almarhum TG Syeikh Muhammad (Paklong) malam tadi di Langgar.

Post a Comment