Prestasi Parti DAP sejak kebelakangan ini menunjukkan satu peningkatan yang ketara dengan sokongan yang amat tinggi dari masyarakat Cina, terutama di Sarawak. Jika sebelumnya DAP memiliki hanya 6 kerusi DUN Sarawak, kini ia telah berjaya memenangi 12 kerusi, iaitu peningkatan 100%. Dengan keadaan ini, mengikut kiraan kita DAP akan memenangi 6 kerusi Parlimen di Sarawak pada PRU 13 berbanding hanya 1 kerusi yang ada sekarang.
Mengikut analisis regression kita, sejumlah 75% pengundi Cina telah mengundi DAP pada pilihanraya Negeri Sarawak baru baru ini, berbanding dengan hanya 60% pada PRU 2008, satu peningkatan sebanyak 15%.
Jika keadaan serupa berlaku di Semenanjung Malaysia, berpandu kepada model regression kita, maka DAP akan mampu memenangi 34 kerusi Parlimen di Semenanjung dan 9 kerusi di Sabah dan Sarawak, menjadi 43 kerusi kesemuanya di Seluruh Malaysia. Malah ia boleh meningkat kepada 50 kerusi jika usaha DAP di kawasan Bumiputera Bukan Islam berjaya. Dengan ini, DAP akan menjadi parti teras atau tunjang kepada Pakatan Rakyat, mengatasi PKR dan PAS.
Perlu diingatkan DAP kini berusaha meresapi di kawasan Bumiputera bukan Islam dengan memainkan isu isu agama Kristian, isu tanah NCR dan dengan rancangan penyatuan dengan Parti SNAP di Sarawak. Nampaknya program mereka sungguh strategik dan mantap.
Dengan keadaan demikian, seluruh masyarakat Cina akan berdiri dibelakang Parti DAP dan pasti muncul sebagai parti dominan dan kedua terbesar selepas UMNO.
Agaknya senario ini mendorong Parti PAS berusaha luarbiasa hendak menggantikan UMNO sebagai Parti dominan Melayu, jika tidak Parti PAS dan PKR akan hanya wujud sebagai dua buah parti penyokong kepada kuasa DAP dalam Pakatan Rakyat. Pendekatan ini kini lantang disuarakan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.
PAS telah mengambil langkah pertama kearah itu, mengubah landas perjuangannya, dengan menggugurkan perjuangan Negara Islam mereka. Ini membolehkan PAS dan DAP berkerjasama dengan lebih erat lagi, walau sekalipun tanpa melalui PKR sebagai pengantara.
Pendekatan ini sesungguhnya mengundang risiko besar kepada PAS, tidak kurang juga kepada UMNO sebagai Parti dominan Melayu, kepada perpaduan politik Melayu dalam PRU ke 13 dan kepada dominasi politik Melayu di negara ini dimasa hadapan.
Soalnya apakah kesan langkah PAS ini kepada Parti itu sendiri. Umum tahu PAS mendapat tempat yang berkekalan di hati masyarakat Melayu setakat ini kerana perjuangan Islamnya. Pada prinsipnya, ia bukanlah sebuah parti Melayu yang memperjuangkan hak Melayu. Kini pula ia menjadi sebuah parti kebajikan rakyat, seperti UMNO bukan lagi sebuah Parti Islam.
Dengan mengubahkan landasan perjuangannya, dijangka PAS akan mengundang risiko baru pada PRU 13 ini. Dijangka sebahagian pengikut tegar mereka( kerana perjuangan Islam Parti) sekurang kurangnya marah dan mungkin tidak akan turun menggundi, seperti berlaku kepada UMNO dalam PRU 1999 dan PRU 2008. Sebaliknya, sebahagian sektor undi Melayu liberal yang dulunya tidak menyetujui dasar Islam PAS dijangka kini mulai bersimpati kepada PAS.
Bagaimanapun, sebarang usaha PAS hendak menjadi parti dominan dalam Pakatan Rakyat akan pula terhalang oleh cara pengagihan kursi parti parti komponan Pakatan Rakyat itu sendiri. Dijangka PAS hanya bertanding dalam kira kira 80 kerusi parlimen sahaja dan berhadapan pula dengan Parti UMNO. Dengan keadaan demikian maka adalah mustahil PAS akan mengatasi kekuatan DAP dalam Parlimen selepas PRU 13.
Jika kita teliti kembali corak pengundian yang lepas, undi Melayu untuk UMNO di atas pagar adalah dalam lingkungan 10%, dan tidak mungkin PAS mendapat kesemuanya, walau dalam senario prestasi UMNO yang terburuk sekalipun. Inikan pula dalam suasana politik Melayu dan India yang kini sedang memihak kepada UMNO dan BN.
Jika corak pengundian setiap kaum di Sarawak dan di beberapa pilihanraya kecil di Semenanjung sebelum ini dijadikan ukuran, kita nampak pengundi Melayu telah mulai beralih kembali kepada Barisan Nasional, akibat polarisasi kaum Cina di belakang DAP. Keadaan ini membayangkan kesedaran betapa pentingnya perpaduan untuk mengekal kuasa politik Melayu/Buiputera yang sedia ada.
Apalagi ketika timbulnya isu murtad yang kini mulai diyakini sebagai ada kebenarannya dan berpotensi menjadi ancaman kepada aqidah masyarakat Islam di Malaysia.
Kita telah membuat kajian mendalam tentang kesetian penggundi Melayu terhadap UMNO berasaskan rekod penggundian dalam Pilihanraya Umum sejak tahun 1995. Apa yang kita dapati menunjukkan bahawa masyarakat Melayu memberi kesetiaan yang cukup teguh kepada UMNO sungguhpun undi Melayu kini berpecah tiga di Semenanjung Malaysia. Jadi sebarang harapan Parti PAS untuk mengganti UMNO sebagai parti dominan masyarakat Melayu tidak mungkin terjadi dalam masa PRU ke 13 atau 10 tahun selepas itu (sila rujuk kepada artikel artikel ramalan pilihanraya kecil dan pilihanraya negeri Sarawak dalam blog ini).
Dalam senario yang paling ekstrim hari ini, Parti PAS atau Pakatan Rakyat akan hanya berjaya memburukkan lagi perpecahan di kalangan masyarakat Melayu sahaja sambil mengukuhkan lagi dominasi Parti DAP dalam Pakatan Rakyat.
Mungkin ada yang berkata, apa salahnya Pakatan Rakyat berkuasa walaupun dengan DAP sebagai parti komponan yang dominan. Dalam perkara ini kita perlu fikir sedalam dalamnya risiko yang dihadapi akibat suasana sedemikian. Pertama kemampuan kita mempertahan hak Melayu dan kedudukan Agama Islam yang ada sekarang akan luntur.
Kedua, dengan status yang lebih dominan, mungkin timbul desakan desakan dari Parti DAP untuk mengubah sempadan pilihanraya untuk mengukuhkan lagi kedudukannya serta menambah kerusi untuk kaum mereka secara berkekalan. Adakah kita sanggup berhadapan dengan risiko risiko ini?
Ketiga, Lim Kit Siang akan menjadi Timbalan Perdana Menteri, dan mungkin juga sebagai PM jika sesuatu yang buruk menimpa Perdana Menteri. Malah, sebagai parti dominan dalam Pakatan Rakyat, DAP berhak dan berkemampuan menentukan beliau atau anak beliau, Lim Guan Eng sebagai Perdana Menteri Malaysia, jika mereka berkuasa.[ Utusan Malaysia bertarikh 15 Septermber 2011 dalam ruang Isu Isu akhbar Cina memetik akhbar Nanyang Siang Pau sebagai melaporkan pengerusi DAP Negeri Sembilan, Lock Siew Fook sebagai berharap DAP dapat menubuhkan Kerajaan selepas PRU 13 dengan Lim Guan Eng sebagai Perdana Menteri.]
Bangsa Melayu yang beragama Islam adalah bangsa yang punyai toleransi yang tinggi dan memiliki nilai nilai agama yang menitik berat soal kebajikan dan keadilan. Sikap ini juga yang telah membiarkan ekonomi negara dikuasai orang lain. Apakah yang kita dapat harapkan daripada bangsa yang tidak mengamal nilai nilai ini jika mereka berkuasa? Saya yakin anda tahu jawapannya.
Kita rasa kaum India juga kini sedar bahaya ini. Hasil daripada tinjauan tinjauan pendapat menampakkan mereka kini yakin yang hanya Kerajaan BN sahaja yang perihatin dengan kehendak kehendak kaum mereka.
SUMBER : DAH IKHWAN
Post a Comment