[ #PRU13 #GE ] KONFREM!! #DAP TakeOVER #PAS dalam #PRU13 #GE


DAP hari ini menolak jaminan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa parti itu bebas bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), sebaliknya memutuskan untuk menggunakan logo PAS dan PKR pada pemilihan tersebut.
Keputusan itu diambil setelah ROS mempersoal keputusan pemilihan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu, yang diadakan Januari lalu.
Tindakan DAP itu dilihat bertujuan meraih simpati pengundi Cina dengan memberi gambaran kononnya parti itu dizalimi.
DAP semalam memberikan tempoh sehingga jam 3 petang kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) supaya menarik balik surat penggantungan CEC parti itu.
Jika ROS gagal berbuat demikian DAP memutuskan untuk bertanding di bawah logo PAS di Semenanjung Malaysia dan PKR di Sabah dan Sarawak.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan ROS semalam menyatakan ketetapannya bahawa DAP masih boleh bertanding pada PRU13 seperti biasa menggunakan logonya sendiri.
Namun Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bertindak balas dengan menyifatkan langkah ROS adalah satu ‘kezaliman’ dan merupakan sabotaj terbesar terhadap DAP.
ROS mempunyai alasan kukuh mengapa agensi itu tidak dapat mengiktiraf CEC parti DAP. Ia berikutan tindakan parti itu meminda keputusan pemilihan tiga minggu selepas ia diumumkan.
DAP beralasan terdapat kesilapan teknikal dalam proses pengiraan kertas undi yang perlu diperbetulkan.
Hasilnya, Setiausaha Politik kepada Guan Eng, Zairil Khir Johari diangkat menyertai CEC parti itu, sekali gus menepis dakwaan bahawa parti dominasi Cina itu bersifat rasis.
ROS hanya menyatakan pihaknya tidak akan mengiktiraf senarai CEC DAP sehingga diberi penjelasan bersabit kesilapan teknikal itu.
Namun DAP bingkas mengambil keputusan drastik iaitu mahu menggunakan logo rakan sekutunya pada PRU13 yang akan diadakan dalam masa 15 hari sahaja lagi.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengesahkan DAP akan menggunakan logo PAS untuk semua kerusi Parlimen dan DUN di Semenanjung Malaysia.
SUMBER -Antarapos

Post a Comment