Ini baru menepati ciri-ciri kaki penipu. Membuat tuduhan dahulu sebelum mencari bukti, itupun kalau ada bukti. Kalau tida menjumpai bukti, boleh merekacipta dan membuat fitnah, asalkan Rakyat tertipu dengan dakyah mereka. Tuduhan yang selama ini dibuat hanyalah andaian dan lahir dari sifat busuk hati yang mendalam. Mereka ini tidak merasa bersalahkah membuat fitnah dan pembohongan secara terang-terangan.
Belum ada bukti yang sahih dan konkrit rupanya untuk membuat tuduhan bahawa SPR adalah kotor. Patutlah PR menanti sehingga 10 Jun sebelum mengemukakan petisyen!!! Namun, ada sudah pihak di sebelah sini yang sudah melompat, menyalahkan SPR dan cuba meletakkan SPR di bawah kawal selia Parlimen. Alahaiii ...
sumber : http://khairulryezal.blogspot.com
Post a Comment