Untuk rekod, mulai hari ini, Polis akan memulakan gerakan besar-besaran untuk menahan 251,273 pesalah trafik di seluruh negara yang mempunyai lebih daripada dua waran tangkap.
Ia susulan dari Ops Cantas Khas Trafik untuk mengesan dan menasihati 1.7 juta pesalah trafik yang mempunyai saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas sejak lima tahun lalu.
Menurut Pemangku Ketua Polis Trafik Bukit Aman , Senior Asisten Komisioner Mohd Fuad Abdul Latiff , bermula hari ini polis akan membuta pemeriksaan rumah ke rumah , tempat bekerja dan sekatan jalan.
Operasi ini bukan bertujuan menimbulkan rasa panik orang awam sebaliknya ingin memberi kesedaran tanggungjawab pesalah trafik yang masih belum selesaikan saman mereka.
Namun bagi Pakatan Rakyat, setiap pesalah yang berhadapan dengan tindakan undang-undang dari kerajaan patut mendapat pembelaan mereka. Bukti jelas tengok apa respon khalid ismath berhubung isu ini.