Anwar Ibrahim berterusan cuba memperbodohkan rakyat apabila bertindak menafikan pula bahawa beliau mengadakan rundingan dengan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Lee Chin Cheh.
Penafian itu dibuat tidak sampai 24 jam selepas mengakui ketika berceramah di hadapan kira-kira 200 penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Permatang Pauh, Pulau Pinang, bahawa strategi mengosongkan kerusi Kajang bagi membolehkan beliau bertanding adalah hasil rundingan.
Namun, ketika sesi penjelasan kepada penduduk di Kajang, Anwar mendakwa beliau hanya menemui Chin Cheh beberapa jam sebelum menyerahkan surat peletakan jawatannya.
Dimana bekas ADUN Kajang? Rakyat terutamanya pengundi DUN Kajang perlu penjelasan dari bekas ADUN berkenaan bukan dari Anwar.