@aduanSPAD @MOTMalaysia @myAduanRakyat @gtp_roadmap Memperkasa Pengangkutan Awam : Ulat Tiket PERLU DIBANTERAS!!

ADUAN ANDA
Embedded image permalink
Ulat tiket berkumpul selepas semua penumpang yang ditipu menaiki bas.

Walaupun dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP) menyatakan komitmen kerajaan untuk meningkatkan taraf pengangkutan awam, namun yang menyedihkan, transformasi ini tidak berlaku secara holistik. Pembinaan infrastruktur bernilai jutaan ringgit adalah sia-sia sekiranya pengguna yakni rakyat Malaysia masih lagi menghadapi masalah yang sama yang dihadapi sekian lama. Kerajaan sewajarnya memantau pergerakan operator bas, pemandu bas, penjual tiket dan lain-lain bagi memastikan GTP bukan sekadar hebat dalam statistik, malah menjadi kenyataan dan menambah keyakinan rakyat terhadap perkhidmatan dan janji-janji kerajaan. Situasi yang saya hadapi di Hentian Bas Sungai Petani dalam perjalanan ke Putrajaya  membuktikan bahawa masih banyak kecelaruan dan permasalahan yang dihadapi oleh rakyat dan gagal di atasi oleh kerajaan.

Pada 28 Februari 2014, hari Jumaat jam 7.30 malam bertempat di  Terminal Bas Ekspress Ukir Square, Sungai Petani, saya telah membeli tiket bas perjalanan sehala dari  Sungai Petani ke Putrajaya dari Kaunter 11 Hentian tersebut dengan bas yang dijadualkan berlepas jam 12.15 malam. Semasa membeli tiket berkenaan, Zan (nama berdasarkan kad yang dihulurkan pada saya) telah meyakinkan kepada saya bahawa tiket bas berkenaan merupakan tiket bas Ekspress AB Ekspres yang baru menjadualkan perjalanan dari Putrajaya ke Sungai Petani Bulan Mac ini. Tiket bas yang diberikan pada saya juga tertulis AB Ekspress dengan hanya ditulis tangan.

Pada jam 12.15 malam saya telah menunggu bas berkenaan. Namun bas AB Ekspress yang ditunggu tidak tiba. Saya ke kaunter 11 bagi mendapatkan nombor pendaftaran bas berkenaan. Ketika itu barulah saya sedar bahawa Bas AB Ekspress yang dicanang tidak wujud pada jadual yang dijual pada saya. Setelah 30 minit menunggu iaitu pada jam 12.45 malam, bas KEJORA Ekpress muncul dan nombor bas sama seperti diberikan. Tiket penumpang bagaimanapun telah diambil oleh pemandu bas semasa menaiki bas. Dan tiket Kejora Ekspress digantikan. Ini menyukarkan saya untuk membuat aduan kepada JPJ, SPAD, KPDNHEP mahupun Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional kerana tiada maklumat tepat mengenai bas yang digunakan.


Dah ramai yang terkena, bila lagi pihak berkuasa nak ambil tindakan?


Sebagai pengguna kami tiada pilihan memandangkan pendapatan kami yang rendah. Malahan rakyat menjadi mangsa tipudaya operator bas. Diharap pihak kerajaan terutama Kerajaan Negeri Kedah dapat menyelesaikan masalah Hentian Bas Sungai Petani yang memalukan ini. Diharap juga pihak bertanggungjawab dapat memantau dan mengambil tindakan tegas terhadap penipuan licik si ulat penjual tiket bas ini.