Anak Tok Guru Selipar Nik Aziz Spin Salahkan UMNO Bila Hadi Awang Disaman PKR #MalaysiaNews


ORANG lain makan nangka, orang lain pula yang terkena getahnya. Itu perumpamaan yang boleh dikaitkan dalam kes undang-undang yang dibuat oleh seorang ahli PKR ke atas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mana UMNO pula dituduh sebagai dalangnya.

Yang nyata tindakan undang-udang yang menyaksikan mahkamah mengarahkan Presiden Pas itu membayar RM2 juta kepada bekas calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd. Shamsul Mat Amin.dilihat adalah isyarat wujudnya krisis dalaman antara parti dalam gabungan Pakatan Rakyat (PR).

Namun, bagi Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Mat, isu saman itu dianggapnya sebagai kesilapan teknikal serta permainan biasa oleh kalangan orang politik.

Katanya, kes saman itu juga sengaja dimainkan pihak tertentu dengan tujuan untuk mencemarkan nama seorang ahli politik Islam yang menyuburkan agama itu dalam negara.

“Saya sarankan Pas Terengganu mengekalkan strategi memperkenalkan calon yang bersih untuk pilihan raya umum akan datang.

“Strategi ini hampir menunjukkan kejayaan apabila Pas hampir merampas kembali Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) yang lalu,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Nik Abduh berharap Abdul Hadi dapat membawa kes saman itu ke mahkamah dengan mengemukakan permohonan mengetepikan saman berkenaan.

Beliau turut menyalahkan UMNO dalam kes berkenaan kerana menyifatkan parti itu dari awal lagi cuba menanamkan rasa marah dan benci Mohd Shamsul terhadap Abdul Hadi.

“Ia bukan kerja dalam, mungkin dari anasir luar yang mempengaruhi keputusan tersebut. Musuh tidak semestinya UMNO walaupun ia mungkin saja datang dari UMNO atau sekularis yang macam UMNO.

“Sebab itulah kita lawan UMNO, yang mesti dihalang ialah usaha memartabatkan pemimpin negara dan masyarakat yang penipu.

“Justeru, strategi Pas ialah sama-sama membantu memperkukuhkan PR dengan menampilkan calon agamawan, profesional, aktivis parti dan masyarakat yang berwibawa serta ikhlas berjuang,” kata beliau.