Media Pembangkang, Malaysiakini hari ini cuba potret Wan Azizah secantik mungkin dalam strategi bagi memastikan Isteri Anwar Ibrahim itu mendapat mandat sebagai ADUN yang dulunya PKR sendiri wakili. Apapun rakyat bagaikan terpukau dengan laporan tersebut, namun sedar atau tidak rakyat dipaksa mengikuti drama Anwar Ibrahim bagi mengekalkan momentum untuk terus mendapatkan sokongan rakyat terhadapnya.
Kesedihan adalah cara paling mudah bagi menzahirkan sokongan dan memburukkan kerajaan Najib yang kononnya sangat zalim terhadapnya dirinya dan keluarga. Rakyat perlu bijak menilai apa mesej sebenar yang perlu dinilai, sama ada kesian akan Anwar Ibrahim atau melihat bagaimana seorang pemimpin yang dipilih rakyat kononnya bakal menerajui negara dengan sewenangnya melacur demokrasi dengan mengarahkan perletakkan jawatan untuk memberikan laluan kepada dirinya dan keluarga tempat untuk merintih simpati.
Sebagai pemimpin politik Anwar Ibrahim sedar bahawa tanpa PRK Kajang, mana mungkin rakyat akan dapat menilai kesedihan yang dialami keluarganya. Peristiwa yang ditempuhinya pada tahun 1998 sudah sejuk. Apa yang perlu sekarang PANAS semula apa yang telah sejuk itu. Pemilihan Kajang dilihat tepat selain berada di kawasan bandar, Kajang menerima kemudahan internet yang tinggi memudahkan kempen Anwar di Media Maya.
Bermula dari awal perletakkan jawatan ADUN asal, aku dapat anilisakan sebagai, cubaan Anwar Ibrahim menarik tumpuan rakyat terhadap kesnya di Mahkamah sekaligus. Tanpa medan Pilihanraya kecil, mana mungkin rakyat akan memandang apa yang Anwar dan keluarganya alami sekarang.
Kesimpulannya, PRK Kajang bukan saja mengkhianati undi rakyat dan menggalakkan pembaziran wang demi seorang yang bernama Anwar Ibrahim, ianya juga merupakan teknik kitar semula Anwar seperti yang berlaku di Parlimen Permatang Pauh sebelum ini. Apapun, aku menjangkakan banyak lagi PRK akan muncul dalam tahun ini. Tunggu dan lihat sajalah.