Jika Wan Azizah Menang di #PRKKajang : JawatanNYA adalah ADUN Biasa? Exco? Speaker? MB?


Dalam banyak-banyak persoalan yang timbul dalam pilihanraya kecil Kajang ini, persoalan jawatan Wan Azizah apabila beliau menang pilihanraya ini nanti menarik perhatian aku. Wan Azizah bukan sahaja Isteri kepada Anwar Ibrahim, beliau juga merupakan Presiden Parti yang kononnya memperjuangkan keadilan kepada rakyat. Mana mungkin Presiden sebuah Parti politik hanya berjawatan ADUN biasa tanpa jawatan dalam kerajaan?

Jesteru, Teori menyatakan bahawa dengan pertuduhan bersalahnya Anwar Ibrahim dan dipenjaranya Ketua Umum itu maka jawatan MB Selangor selamat perlu dikaji semula.  Kedudukan Khalid Ibrahim masih samar-samar. Kemungkinan tetap ada, Wan Azizah dinaikkan Jawatan MB Selangor jika PKR menang pilihanraya kecil ini.

Cuba tenung betul-betul. Bagaimana pilihan raya kecil Kajang tercetus? Siapa yang mencetus? Kenapa dicetus? Kenapa drama sedih Permatang Pauh berulang? Kenapa Rakyat diheret dengan masalah peribadi Anwar?

Pilihanraya ini bakal memberi kesan terhadap negeri Selangor sendiri. Menang atau kalah isteri Anwar Ibrahim tiada siapa boleh gerenti bahawa Wan Azizah akan berundur sekali lagi bagi memberikan peluang kepada suaminya. Jesteru, peluang menambah kerusi pembangkang perlu diberi bagi merancakkan proses demokrasi negeri ini.