Disebalik cuaca panas dan tiada tanda-tanda hujan bakal turun, berjerebu, perhatian antarabangsa dan rakyat Malaysia umumnya lebih terdorong kepada pencarian pesawat MH370 sekaligus mengurangkan bahang pilihan raya kecil Kajang yang dicipta Anwar Ibrahim untuk rakyat memberikut fokus kepada kes beliau terutamanya kes Mahkamah Rayuan terhadap hukuman yang dijatuhkan kepadanya.
Langkah Kajang hanya menjadi perhatian dengan pengundi dan rakyat Kajang sahaja. Aktiviti malam di Kajang lebih meriah dengan ceramah politik sana dan sini. Namun, hakikat pahit buat Anwar untuk diterima, tiada berita utama di dada-dada ahkbar mengenai kempen pilihanraya dan pentas peribadinya. Dan jika dikaji, rakyat lebih sedih dan bersimpati kepada mangsa dan keluarga mangsa lebih lagi dibandingkan dengan kesedihan dan simpati yang dicipta Anwar Ibrahim dan Isterinya di Kajang.
"Cuba tanyakan PKR. Mereka tiada calon lain? Mengapa letakkan personaliti yang dikitar semula?
"Jika Mahkamah Persekutuan bebaskan Anwar dan isterinya menjadi Adun, dia letakkan jawatan atau tidak untuk Anwar bertanding semula?"
-sembang warung di sekitar Kajang yang tidak mendapat perhatian umum
Namun buat penduduk Kajang, pilihan raya kecil ini bakal memberi kesan terhadap negeri Selangor sendiri. Menang atau kalah isteri Anwar Ibrahim tiada kena mengena dengan pentadbiran kerajaan negeri Selangor yakni sekarang diterajui PKR. Peluang menambanh kerusi pembangkang perlu diberi bagi merancakkan proses demokrasi negeri ini.