#PRKKajang : Skrip Permatang Pauh BerUlang Kembali #PolitikSimpati #TolakAnwarIbrahimSekeluarga


Umum tahu dan jelas tujuan Anwar Ibrahim meletakkan Wan Azizah adalah untuk meraih simpati politik pengundi Kajang dan perkara ini diakui oleh blogger pembangkang sendiri.


Kenapa Wan Azizah dipilih? Wan Azizah bukan orang politik, dia sekadar seorang isteri yang sanggup melakukan apa sahaja demi Anwar Ibrahim. Sejarahnya jelas, Wan Azizah dikatakan berkahwin dengan Anwar Ibrahim tanpa restu keluarga.


Pernikahan Wan Azizah dengan Anwar Ibrahim tidak direstui keluarga kerana bapa Wan Azizah, Datuk Dr Wan Ismail Wan Mahmood tidak perkenan dengan sikap radikal Anwar Ibrahim yang terlibat dengan demontrasi pelajar.

Apabila lamaran Anwar Ibrahim ditolak, dengan bantuan seorang ustaz Wan Azizah dibawa ke Permatang Pauh untuk dinikahkan dengan Anwar Ibrahim menggunakan wali hakim.

Kak Wan sanggup engkar bapa sendiri demi Anwar Ibrahim!

Untuk rekod, Wan Azizah sepanjang dua tahun sebaik Anwar Ibrahim dibebaskan hanya fokus kepada Anwar Ibrahim, kebajikan rakyat di Permatang Pauh diabaikan dan tidak dipedulikan.

Akhirnya, pada tahun 2008 Wan Azizah bertindak melepaskan jawatan dengan alasan mahu meluangkan masa bersama keluarga serta cucunya setelah menghabiskan 6 tahun Anwar Ibrahim membuat kerja-kerja parti.


Kini dia kembali, dengan imej yang sama, modal dan skrip yang sama. Padahal pada hakikatnya Wan Azizah bukanlah baik seperti perwatakkan beliau.