Khalwat 2.0 : Hebatnya Kuasa Ranjang #PKR #MalaysiaNews



Badrul Amin PKR sekali lagi di tangkap khalwat 2 Mac 2014 di sebuah rumah tak bernombor di Kajang. Menurut keterangan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor JAIS laporan diterima penguatkuasa jabatan itu jam 8 malam oleh pengadu yang namanya tidak didedahkan.

Hasil serbuan Jabatan Agama Islam Selangor yang hadir ke rumah tersebut mendapati seorang lelaki berkain pelikat tanpa berbaju manakala seorang wanita berumur dalam lingkungan 30 tahun berstatus janda anak 2. Kedua dua mereka dibawa ke balai Pejabat JAIS malam tadi dan kemudian dibebaskan jam 2 pagi setelah selesai soal siasat.

Untuk rekod Badrul Amin merupakan pemimpin kanan PKR yang sebelum ini ditangkap khalwat dengan seorang isteri guru di Kuantan Pahang pada tahun 2012. Badrul Amin yang pada mulanya menafikan penangkapan khalwat tersebut kemudiaanya mengahwini wanita itu setelah diceraikan oleh suaminya yang juga seorang guru.