Penduduk Sungai Chua Tagih Janji PKR #PRKKajang

alt
 
Penduduk di Apartmen Suteramas Sungai Chua terpaksa menanggung derita sejak 10 tahun lalu apabila terpaksa melalui jalan yang tidak diturap selain berlubang sebagai laluan utama mereka ke Bandar Kajang.
 
Pemandu Bas Sekolah, Saiful Hadi Amir, 35 tahun berkata, masalah jalan rosak itu langsung tidak pernah diendahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR yang telah dipilih oleh penduduk Kajang sejak 2008 tetapi hanya akan diratakan jika PKR ingin mengadakan ceramah politik di kawasan itu.
 
"Wakil PKR tidak ada yang datang untuk cuba menyelesaikan masalah ini jalan dan kalau ada hanya pada tahun 2008 tetapi ianya hanya janji kosong.
 
"Hanya wakil Barisan Nasional (BN) sahaja yang pernah datang ke sini iaitu Calon BN untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), Lee Ban Seng dan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini.
 
"Tapi jalan itu akan diratakan jika PKR ada buat ceramah di sini," katanya kepada Rakyat News.
 
alt
 
Saiful menjelaskan, selain risiko bahaya, jalan tersebut turut menyebabkan kenderaan penduduk di situ mengalami kerosakan selain suasana sunyi dan gelap di waktu malam kerana tidak berlampu menyebabkan berlaku beberapa kejadian jenayah di jalan tersebut. 
 
"Malam jalan tersebut memang tidak ada lampu sehinggakan kerap berlaku kejadian di kawasan tersebut.
 
"Lima tahun lepas, pernah berlaku kejadian bunuh di kawasan tersebut apabila satu mayat dijumpai di dalam kereta oleh penduduk di jalan berkenaan," katanya.
 
alt
 
Sementara itu, bagi Suri Rumah, Kavitha Rangasamy, 37 Tahun, keluarganya sentiasa berdepan risiko kemalangan jika melalui jalan itu memandangkan ia merupakan jalan utama bagi suami dan anaknya untuk ke tempat kerja dan sekolah.
 
Malah, beliau sendiri terpaksa menempuh detik cemas suatu masa dahulu apabila terpaksa dikejarkan ke Hospital Kajang kerana masalah kesihatan tetapi suami beliau tidak mahu menggunakan jalan tersebut di waktu malam.
 
"Pernah sekali suami yang hendak menghantar anak ke sekolah menggunakan menggunakan jalan tersebut hampir mengalami perjalanan akibat tergelincir bergesel dengan batu di kawasan tersebut
 
"Kalau ada orang hendak bersalin memang susah untuk lalui jalan tersebut dan jika penduduk hendak gunakan jalan alternatif memang jauh," ujarnya.
 
Tinjauan Rakyat News di jalan itu jelas memperlihatkan jalan tersebut yang tidak diturap dan hanya diratakan dengan tanah dan batu kerikil. 
 
Namun begitu, jalan tersebut terus menjadi pilihan penduduk serta pekerja kilang di kawasan itu memandangkan ianya jalan yang paling mudah dan hampir untuk berhubung ke Bandar Kajang.

Post a Comment