Suara Rakyat #Kajang TOLAK Isteri Anwar Ibrahim #PRKKajang

alt
 
Penduduk dan pengundi pada Pilihanraya Kecil (PRK) Kajang meluahkan perasaan marah apabila mengulas mengenai kekosongan kerusi di kawasan mereka yang berlaku bukan disebabkan kematian mahupun alasan yang munasabah sebaliknya kerana permainan politik.
 
Tinjauan Rakyat News ke Kampung Sungai Sekamat untuk membuat liputan mengenai perjalanan kempen PRK Kajang itu menerima layanan penduduk yang seolah-olah mahu melepaskan geram. 
 
"Berapa kali hendak undi? Sudah menang hendak undi semula sebab apa?," soal Zakaria Ghazaley,63, kepada wartawan RakyatNews semalam.
 
Sebelum ini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Lee Chin Cheh  telah membuat keputusan meletak jawatan sebagai wakil rakyat Kajang pada 27 Januari lalu sekaligus menyebabkan berlakunya PRK di kawasan itu.
 
Jelas Zakaria yang pernah menjadi Ketua Kampung Sungai Sekamat selama 15 tahun itu, masyarakat tidak perlu dihidangkan dengan cerita politik sebaliknya para pemimpin perlu memulakan khidmat mereka sebaik mendapat mandat pada Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) lalu.
 
"Sekarang bukan masa untuk berpolitik, zaman berpolitik sudah tidak ada, kita hendak kemajuan kampung dan masyarakat.
 
"PRK ini adalah kerja bodoh. Orang bodoh pun tahu ini kerja bodoh. Bagi orang kampung di sini memanglah mereka tidak mahu cakap (perkataan) bodoh itu, mereka cuma melihat saja perangai orang bodoh ini. Orang kampung boleh menilai kerana apa yang penting adalah kerja bertugas (berkhidmat).
 
"Bukannya bertukar-tukar pemimpin. Disini orang kampung ada yang belajar tinggi, profesional, dulu orang kampung tak sekolah tinggi dan mengiyakan sahaja. Menyokong orang yang tak tentu arah ini, tak tahula saya, ikut saja suruh ke lubuk maka ke lubuklah kita," ujar beliau.
 
Dalam masa sama ketika menceritakan pengalaman beliau selama mengetuai komuniti di kawasan yang majoriti orang Islam dan Melayu itu, Zakaria memberitahu perpaduan dikalangan masyarakat menjadi perkara utama. 
 
Selain itu sikap membezakan-bezakan fahaman politik turut dielakkan termasuk mencegah budaya politik daripada mencemari kesucian rumah ibadat.
 
"Saya sudah menjadi ketua kampung di sini sejak 15 tahun. Sejak 2008, kini saya tidak lagi terpilih menjadi ketua kampung. Kita tadbir sebelum ini elok saja tiada masalah. Mereka pembangkang atau tidak saya tetap membantu sebagai amanah saya sebagai ketua kampung. Parti itu partilah, kita tidak membeza-bezakan. 
 
"Di masjid pun kita tidak kacau untuk membuat ceramah bukan-bukan. Kita hanya panggil betul-betul ustaz (berkelayakan) untuk mengajar agama dan memberi ilmu kepada orang kampung, bukannya menghasut jaminan syurga dan sebagainya," ujar beliau.

Post a Comment