Sebagai anak kepada manusia hebat bernama Karpal Singh, secara sedar atau tidak, Ramkarpal telah mendedahkan beberapa kelemahan yang ada pada dirinya sekaligus membuktikan dia tidak mampu untuk menggalas tanggungjawab peninggalan bapanya.
Antara kelemahan yang dimaksudkan ialah :
1. Ramkarpal dilihat kurang yakin pada diri sendiri apabila terpaksa bergantung di dalam "bayang-bayang" mendiang bapanya. Buktinya kempen berSlogan seperti "I am Karpal Singh" yang kononnya membawa "semangat" mendiang bapanya itu boleh disifatkan betapa Ramkarpal bergantung harap pada nama "Karpal" dan tidak mampu berdiri di atas tapak kaki sendiri untuk menghadapi PRK ini. Ia juga menunjukkan Ramkarpal seolah-olah "anak manja" yang mengharapkan sesuatu dari legasi orang tuanya sahaja dan tidak mengambil inisiatif untuk membina pengaruhnya sendiri. Sampai bapanya sudah mati pun dia masih mengharapkan bapanya?
2. Berkeluarga Tidak Penting pada mata Ramkarpal? Ramkarpal di dalam satu majlis makan malam anjuran Wanita DAP Pulau Pinang, meskipun secara berseloroh meminta golongan wanita DAP mencarikan jodoh untuknya juga menunjukkan kelemahan yang agak ketara. Soal jodoh dia sendiri, tapi dia minta orang lain yang carikan? Tidak mampu cari sendiri atau sememangnya Ramkarpal tidak menganggap institusi perkahwinan atau kehidupan berkeluarga itu penting? Pada umur 38 tahun, Ramkarpal masih lagi belum berkeluarga? Dia terlalu menumpukan perhatian kepada kerjaya sehingga menafikan kepentingan institusi keluarga? Dan kini dia minta orang lain tolong carikan jodoh untuknya? Pada umur hampir 40 tahun, Ramkarpal mengaku bahawa wanita merupakan "tulang belakang" bagi kejayaan seorang lelaki. Itu kenyataan calon DAP itu.
3. Berkempen dengan Jeep yang cukai jalannya sudah tamat tempoh. Ini menunjukkan perkara yang mudah dipandang remeh. Cukai jalan merupakan sesuatu yang penting disamping insurance kenderaan. Umumnya di Malaysia, jika cukai jalan tamat tempat, pastinya insurance kenderaan jeep yang digunakan Ramkarpal juga tamat tempoh. Sinonimnya, benda yang tamat tempoh dibuang kedalam tong sampah. Jesteru, Rakyat Bukit Gelugor juga perlu tamatkan tempoh amalan nepotisme buat keluarga Karpal Singh di Bukit Gelugor yang mewariskan Parlimen ini kepada anaknya.
Post a Comment