Dosa yang paling berat adalah dosa dengan manusia. Syaitan sentiasa mencari jalan untuk memecah-belahkan umat manusia tidak kira didalam sesebuah keluarga mahupun masyarakat. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa menjaga nikmat perpaduan yang telah Allah kurniakan kepada kita.
Allah telah perintahkan kita untuk berpegang teguh dengan agamaNya, iaitu menjaga, mempelajari dan meluruskan diri dan bersatu didalam menganutinya. Sesungguhnya perpaduan itu adalah rahmat, manakala perpecah-belahan pula adalah azab. Allah sentiasa memberi pertolongan kepada orang2 yang bersatu-padu.
FirmanNya yang bermaksud,
“Berpegang-teguhlah dengan tali Allah, dan janganlah kamu berpecah-belah”
– Ali Imran : 103
FirmanNya lagi yang bermaksud,
“Ingatlah kurnia Allah kepada kamu, ketika kamu dahulu bermusuh2an, lalu Allah persatukan antara hati2 kamu (dalam agama Allah)”
– Ali Imram : 103
Post a Comment