PAS lebih selesa "Perpaduan" bersama DAP dari UMNO : Kenapa?

Bila keadaan PAS semakin selesa bersama DAP dek kerana undi cina banyak mempengaruhi kemenangan PAS, PAS memilih untuk terus bekerjasama dengan DAP. Dengan slogan Takkan hilang kuasa politik melayu, PAS dengan angkuhnya menyatakan risiko kehilangan kuasa Umno lah maka barangkali didendangkan lagu perpaduan Melayu ini.
Kenapa PAS selesa "Perpaduan" bersama DAP? Kerana PAS mana mungkin boleh menang di kawasan Parlimen sekitar bandar. Menang pun sebab undi dari DAP. Antaranya seperti di kawasan berikut :
  1. P008 Pokok Sena.
  2. P021 Kota Bharu.
  3. P036 Kuala Terengganu.
  4. P057 Parit Buntar.
  5. P059 Bukit Gantang.
  6. P096 Kuala Selangor.
  7. P101 Hulu Langat.
  8. P108 Shah Alam.
  9. P111 Kota Raja.
  10. 10. P119 Titiwangsa.

Kenapa PAS selesa "Perpaduan" bersama DAP? Kerana DAP lebih menghormati Islam dari UMNO. Ustaz DAP dah mampu memberikan salam dan membaca hadis walaupun belum bersunat dan mengucap.
Kenapa PAS selesa "Perpaduan" bersama DAP? Kerana DAP mempunyai dasar anti Islam manakala UMNO mempunyai Dasar Melayu. Kapal Singh pernah berkata langkah mayat dia dulu kalu nak laksana negara Islam.
Kenapa PAS selesa "Perpaduan" bersama DAP? Kerana PAS dan DAP hanya mempunyai satu sahaja matlamat yang sama yakni mahu melihat UMNO jatuh. Itu jer.

Post a Comment