Presiden PAS Hadi hanya membisu tanpa sebarang kenyataan balas mengenai hasrat UMNO untuk menjalinkan kerjasama dengan PAS dalam memastikan masa depan bangsa Melayu dan Islam terus utuh dan Perlembagaan Negara terus dipelihara.
Setakat hari ini, kenyataan balas hanya berbunyi dari TGNA yang bunyi seperti sedang enak dibuai mimpi DAP.Tentunya pemimpin DAP pun akan berasa kurang senang dengan perkembangan ini kerana kemenangan DAP di PRU yang lepas banyak bergantung dari pengundi melayu yang menyokong PAS.
Adakah Presiden PAS hanya mampu berdiam diri, dengar dan hangguk apa saja yang dikeluarkan oleh Mursyiddul Am PAS TGNA? Adakah benar dakwaan yang mengatakan bahawa Hadi tiada kuasa?
Orang Melayu hari ini perlu sedar dan bersatu supaya menjadi kuat untuk mempertahankan Perlembagaan, ini kerana tanpa kuasa, orang Melayu tidak akan mampu menentukan kedudukan mereka di tanah air sendiri.
Untuk Rekod, PAS dan PKR banyak membantu DAP dalam usahanya menawan Malaysia. Dari akal yang waras, dapat kita tafsirkan di sini apabila melihat kerusi Parlimen DAP lebih banyak dari PAS dan PKR. Badut Anwar yang diletak sebagai Ketua Umum hanya kambing hitam untuk mempercepatkan proses pengambilan kuasa ini.
Post a Comment