Semalam kerajaan mengumumkan rasionalisasi subsidi bahan api dan gula. Rasionalisasi subsidi ini bertujuan membantu Malaysia mencapai kedudukan tanggungjawab fiskal dan meletakkan negara pada kedudukan untuk mengurangkan defisit.
Pengumuman ini menyaksikan kenaikan harga gula dan bahan api seperti di bawah :
Polemik ini akan berterusan, sehingga subsidi yang dirasakan perlu saja diberi. Apa yang penting adalah memelihara hati rakyat. Adakah kerajaan sudah berkomunikasi secara langsung dengan rakyat dan menyakinkan mereka kepada keperluan proses rasionalisasi ini.
Proses meyakinkan rakyat bukanlah sesuatu yang mudah; apatah lagi sehingga sekarang masih ada sesetengah pemimpin kerajaan yang hidup mewah. Ini menjadikan rakyat sukar menyokong keperluan proses rasionalisasi subsidi. Hujah yang biasa dan akan selalu kita dengar ialah “rakyat diminta berkorban, sementara pemimpin terus hidup mewah.”
Semalam sahaja aku mendapat pelbagai reaksi dari segenap lapisan masyarakat yang agak tertekan dengan kenaikkan ini. Ada juga yang mengutarakan untuk menukar sokongan kepada pihak yang di sebelah sana.
Apakah rasionalnya kita marahkan kerajaan lalu memberikan undi kepada PR? Adakah kerana 5 sen kita patut gulingkan kerajaan? Adakah anda pasti dengan menukar undi kepada pihak pembangkang semua ini akan kembali turun? Adakah dengan mengundi pembangkang subsidi akan ditambah lagi?
Seperti posting aku sebelum ini yang bertajuk Rasionalisasi Subsidi Igauan NGERI Kerajaan BN!!, pihak atasan kerajaan BN juga perlu bersama-sama rakyat bagi merasai kesan rasionalisasi ini. Jika tidak, tentunya Igauan ngeri kerajaan BN akan bertukar kenyataan yang perlu diterima dek kerana kemarahan rakyat yang memuncak.
Post a Comment