Raja Gelek PAS jadi Sandaran untuk mempertahankan kerusi DUN Galas?


Ada desas desus dikalangan kawan-kawan PAS saya di P.Pinang yang mengatakan bahawa Md Sabu adalah orang yang paling sesuai untuk menjadi calon seandainya Pilihanraya Kecil DUN N45 Galas diadakan. 

Kata mereka, ia berdasarkan seniority Md Sabu didalam PAS dan juga berdasarkan kemungkinan UMNO meletakkan Tengku Razaleigh sebagai calon di pihak UMNO/ Barisan Nasional.

PAS P.Pinang juga dikhabarkan bakal mengusulkan nama Md Sabu sebagai pilihan untuk bertanding di DUN Galas kepada PAS Pusat didalam mesyuarat khas yang bakal diadakan untuk persediaan PRK tersebut.

Ada benar jika difikirkan apa yang dikatakan oleh mereka. Md Sabu kini langsung tak mempunyai jawatan didalam PAS. Md Sabu juga tak mempunyai jawatan sebagai ahli Parlimen ataupun Ahli Dewan Undangan Negeri di mana-mana kawasan dalam negara.

Pada PRU 2008, Md Sabu bertanding di kerusi Parlimen di Kuala Terengganu, Terengganu tetapi dia tewas ditangan calon Barisan Nasional ketika itu. Dan pada 2009, Md Sabu cuba pula bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden PAS menentang Nasharudin Md Isa, tetapi dia menarik diri disaat-saat akhir.

Ini menjadikan "ayam tambatan" PAS ini sebagai ahli biasa didalam PAS tanpa sebarang jawatan untuk dibanggakan.

Jadi, untuk menaikkan kembali Md Sabu di dalam politik PAS, sebab itulah namanya antara yang paling awal disebut untuk mengisi kekosongan di DUN N45 Galas.

Walaupun ini belum dimuktamadkan, ia patut diambil kira oleh UMNO/Barisan Nasional Kelantan. Ini kerana, jika benar Md Sabu menjadi calon di DUN Galas, ia pastinya satu tugas berat buat mereka untuk mengekang "heavyweight" PAS ini.

GHOSTWRITER
Jika ini benar, maka bermulalah pertandingan bercerita kisah dongeng Mat Sabu sekitar Galas, namun awas BN, orang-orang kampung suka mendengarnya. Tugas besar diGalas PAS untuk mengangkat Mat Sabu ni jika BN meletakkan Tengku Razaleigh.

Post a Comment