Menjelang proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil N.45 DUN Galas 26 Oktober depan.
Dalam diam-diam, Pas dipercayai mengatur strategi dengan memindahkan penyokong tegar parti berkenaan dari bahagian lain ke DUN Galas bagi memastikan mereka dapat mengekalkan kerusi berkenaan.
Usaha ini dipercayai telah lama digerakkan Pas Kelantan sejak selepas PRU 2004 lagi.
Menurut sumber yang dipercayai, Pas telah memindahkan lebih 2,000 nama pengundi ke DUN Galas bagi merampas kerusi Dun berkenaan yang selama ini menjadi kubu kuat UMNO disamping mengurangkan majoriti UMNO bagi kerusi Parlimen Gua Musang.
Pada pilihan raya umum 2008, Che Hashim Sulaima memenangi kerusi DUN Galas setelah menewaskan calon Barisan Nasional, Mohamad Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi apabila beliau memperoleh 4,399 undi manakala Mohamad Saufi mendapat 3,753 undi.
Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Ku Li yang juga pengarah jentera Pilihanraya Kecil kali ini dipercayai mempunyai ramuan tersendiri untuk merampas semula kerusi berkenaan daripada Pas.
Masih banyak janji-janji kerajaan negeri yang dibuat dulu masih belum ditunai, hakikatnya dapat dilihat dengan jelas landskap ekonomi dan infrastruktur di Galas masih ketinggalan jauh jika dibandingkan di kawasan lain.
Kerana itu, pengundi kali ini perlu kembali memberi peluang dan memperbetulkan kesilapan lalu dengan mengundi calon BN.
Sudah pasti, semangat berkobar-kobar ahli UMNO ketika mendengar taklimat presiden perlu disemarak ke DUN bagi merampas Galas daripada tangan Pas.
Namun, cita-cita ini tentunya sukar dicapai sekiranya jentera BN tidak bersatu hati dan bekerja kuat bagi menarik semula sokongan pengundi tempatan.
Menurut seorang pemimpin UMNO tempatan, DEMI PARTI semua pihak harus mengetepikan sebarang elemen yang boleh menjurus kepada perselisihan faham yang akhirnya akan merugikan BN.
Dengan nada yakin, beliau mengakui BN mempunyai peluang cerah bagi memenangi semula kerusi berkenaan dengan sokongan padu jentera BN seluruh selain kekuatan dalaman UMNO Gua Musang sendiri.
Antara aspek yang perlu diberi penekanan adalah mengenal pasti daftar pemilih bagi memudahkan jentera parti mendekati setiap pengundi supaya keluar menunaikan tanggungjawab mereka pada 4 November depan.
Disamping itu, pemimpin UMNO perlu pastikan peruntukkan yang disalur sampai ke tangan mereka yang benar-benar layak sahaja bagi mengelakkan timbulnya rasa tidak puas hati dikalangan rakyat.
Yang pasti, sejak DUN Galas di bawah Pas, rakyat amat dahagakan kemajuan pembangunan termasuk dalam aspek pembangunan ekonomi dan infrastruktur yang lebih baik berbanding sekarang.
Jelas, Pas telah gagal di Dun Galas setelah diberi kepercayaan pada pilihanraya yang lepas kerana tidak banyak perubahan yang mampu dibawa parti berkenaan ke kawasan ini meskipun mereka diberi masa yang cukup dan memegang tampuk pemerintahan kerajaan negeri.
Bagi pengundi Galas, cukuplah sekali anda membuat pilihan yang salah dan jangan ulangi kesilapan sama demi kepentingan masa depan dan anak-anak!
Kepada anak Galas di perantauan, pulanglah tunaikan tanggungjawab memilih pemimpin kerana nasib generasi baru Galas juga bergantung kepada undi anda!
Kepada yang sifatnya pembangkang, cukup-cukuplah menuding jari mengata salah dan silap pihak lain,sebaliknya muhasabahlah diri terlebih dulu sebelum menghentam orang lain! rakyat Galas telah saksikan kegagalan anda menunaikan janji di sini!! Bak kata pepatah, jika tiada angin, masakan pokok boleh bergoyang!!
Post a Comment