Sepatutnya PAS bersama Barisan dalam UMNO, baru Islam terus kukuh dan disegani |
PAS sudah mula melobi dan membuka kisah itu dan ini di kala UMNO sedang sibuk bersidang di PWTC. Kekosongan DUN Galas perlu diisi, kekalahan PAS disini mula dirasai. Buktinya Markas BESAR PAS Gua Musang masih kosong lagi, yang melambak cuma khemah kenduri, Apa lagi nak cari, kononnya dah ready, malam ni dah start umum calon PAS kat sini, yang pasti bukan orang Asli.
Pila tanya sana dan sini siapa tidak sokong Kuli? Semua tahu perjuangannya KuLi sangat Asli, hinggakan PAS tahu yang dia sedang menggali, gali kubur mereka sendiri, untuk ditanam di sini. Hakikatnya PAS sendiri tahu yang Galas bukan laluan mudah untuk buat dia menari, buktinya MSO sendiri yang tulis PAS turun dengan "Anjing Bawahan" (Under dog) di arena sendiri, bagi mempertahankan DUNnya disini, nisbah 48:52 saja yang dia sanggup beri. tak percaya? baca penuh disini.
MSO juga ada tulis kononnya UMNO ada krisis disini, sedangkan UMNO semua di PWTC, jadi cuba nak tuding jari, jarum mula diperhalusi, untuk cucuk sana dan sini. Kononnya hubungan Bazlan, Saufi dan KuLi, ada provokasi. Biasala dan dekat dengan hari mengundi, provokasi menghiasai, yang pelik dan iri hati adalah MSO sendiri. Bazlan kawan dengan PAS bukan perkara lama dalam politik disini sebab Islam pun ada mengajari, supaya kita jangan bermusuh sesama sendiri serta saling menghormati, bukan apa nanti kita mati, takut-takut dipersoal diakhirat nanti, KENAPA KITA SALING MEMUSUHI?
Amalan Ulama' PAS saja yang suka memusuhi, kononnya UMNO bukan Islam yang asli, ada saja hadis yang dibarisi, untuk memecah belahkan Islam itu sendiri, Ternyata tujuan sebenar hanya untuk lihat DAP dan PKR terus kukuh berdiri. Melayu dibiar layu berpecah sana dan sini. Apa yang menarik solat pun tak boleh di belakang imam UMNO itu kerana dikuatiri, neraka menanti, maka hukum haram dijatuhi, ADAKAH INI ULAMA ASLI? Yang cina DAP, PAS sendiri Doakan untuk kesejahteraan diri, yang Islam secara azali, PAS doa supaya dikafiri. Kenapa Perlu begini? Hangpa pikiaqla sendiri.
Sedutan tulisan MSO buat tatapan pembaca yang dihormati,
Dalam barisan kepimpinan Umno Gua Musang hari ini, sebahagiannya tidak menyokong kepimpinan Tengku Razaleigh. Ini jadi masalah. Ketua Wanita, Wan Hazani Mohd Noor dan Ketua Pemuda Bazlan dikatakan tidak berapa bersetuju angin dengan Tengku Razaleigh. Ada juga desakan agar orang mereka diambil.
Pertelingkahan ini menyebabkan Umno masih belum dapat mengumumkan calonnya. Tetapi apapun Tengku Razaleigh mempunyai kuasa besar untuk menentukan calonnya. Kuasa sebagai pengarah akan digunakan untuk membuat keputusan. Apa dibimbangkan kalau calon orang Tengku Razaleigh akan berlaku protes secara senyap.
Bekas Timbalan Ketua Umno Gua Musang dan juga bekas Adun Galas, Saufi Deraman dikatakan tidak sejalan dengan Tengku Razaleigh. Manakala Ketua Pemuda Umno, Bazlan pula selalu kelihatan bersama orang-orang Pas di Gua Musang. Betulke atau satu provokasi?
Saufi yang mengetahui kelemahan dan kekuatan Umno Gua Musang dikatakan sudah bertukar maklumat dengan bilik Gerakan Pas. Pas sudah mendapat rahsia dan masalah Umno Gua Musang. Apakah erti ini semua? Tanda-tanda ini menunjukkan bahawa Umno berhadapan masalah perpaduan dalam menghadapi pilihan raya kecil itu.
Ekoran berlaku perebutan calon ada cadangan agar calon alternatif diambil bagi mendamaikan kedua-dua pihak. Bekas ADO Gua Musang dikatakan disebut-sebut akan diletak sebagai calon. Tetapi sejauh mana ia disetujui sangat meragukan. Kalau kedua pihak sedia berkorban memberi laluan kepada orang luar ia boleh menyelamatkan Umno tetapi kalau sebaliknya Umno akan tertumus.
Sejauh mana kebenaran berita dan perkhabaran itu tidak boleh diyakini sepenuhnya kerana Umno kini sibuk berperhimpunan. Mungkin Tengku Razaleigh sengaja memperlewatkan kleadaan kerana memberi tumpuan kepada perhimpunan agung Umno. Tetapi bagi saya di antara PWTC dan Galas sepatutnya Tengku Razaleigh mementingkan Galas. Ini penting bagai mengelakkan Umno tewas di Galas seperti pilihan raya-pilihan raya kecil yang lepasUpdated 21 Oktober 2010
Saufi membuat penafian bahawa tuduhan beliau memberikan maklumat kepada PAS merupakan penipuan semata-mata. Ini semua tuduhan dan mainan politik kotor MSO sikaki putar belit!
Post a Comment