Jahilliah PAS nak memerintah Negara : Aljuburi dan Brother Kit jangan kecik hati yer!!

Dari blog Rakyat Marhean ada mengeluarkan sejenis tulisan yang boleh dibaca seperti di bawah :

Kejayaan cemerlang PAS dalam pilihan raya umum ke-12 pada 2008 telah meletakkan PAS sebagai sebuah parti pembangkang utama yang dilihat oleh rakyat berupaya mengambil alih pemerintahan negara. Semenjak 1990, PAS telah melangkah maju daripada sebuah parti pembangkang yang dianggap ‘ekstrem’ menjadi sebuah parti pemerintah yang moderat dalam melaksanakan cita-cita Islamnya bermula di Kelantan semenjak 1990, kemudian ke Terengganu pada 1999 hingga 2004, dan kini PAS mendapat kepercayaan rakyat di Kedah, Perak dan Selangor. Di Parlimen juga, PAS telah bangkit dan menguasai 10 peratus daripada kerusi Parlimen atau 25 peratus daripada keseluruhan kerusi pembangkang. Perkembangan ini meletakkan PAS dalam perhatian peminat politik, pengkaji dan juga penyelidik..................
sambung
Kemunculan PAS ini dikatakan hasil daripada silang pengaruh yang berlaku antara beberapa gerakan Islam yang lebih awal seperti Ikhwanul Muslimun di Mesir, Masyumi di Indonesia dan Jamaat Islami di Pakistan. Ketiga-tiga pengaruh ini telah menyerap masuk ke Tanah Melayu melalui para ulamak yang belajar di Mesir, Mekah, India dan Indonesia.

Dan hasil tulisan dari blog tersebut agak telupa untuk menaip sebarang bukti bahawa PAS telah bangkit dengan cemerlangnya di beberapa Pilihanraya Kecil TERKINI selepas PRU 2008.

  1. Pilihanraya Kecil DUN Tenang PAS kecundang kepada BN dengan majoriti undi 3,707
  2. Pilihanraya Kecil DUN Galas PAS kecundang kepada BN dengan majoriti 1,190 undi
  3. Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang PAS kecundang kepada BN dengan majoriti 5435 undi
Kononnya juga Jahilliah PAS ini turut dipengaruhi dengan beberapa gerakan Islam di Mesir. Patutla menyalak buat demo di Malaysia untuk Mesir. Kalau hanya demonstrasi di Malaysia boleh memBUATkan Presiden Mesir berUNDUR ker? Dengan kata mudah, kiranya ada saja peluang untuk mengaitkan kejayaan PAS dengan kejayaan untuk memerintah negara, maka semuanya ada hubungkaitla. Tapi dalam dok canang yang PAS akan memerintah negara tak pula tertulis yang PAS akan bersama PKR dan sekutu Jahilliahnya DAP.

Di mana letaknya sekutu Jahilliah PAS yakni PKR dan DAP?
PAS kena ingat berapa kerusi DAP di Parlimen Sekarang? 
Adakah DAP akan duduk saja bila Aljuburi di penjara?

Post a Comment