UMNO ajak DAP join BN | Rekaan DAP untuk tutup Isu TBH!!

Mungkin kerana semakin tertekan apabila tembelang politik perkaumannya semakin kuat dihidu maka pakatan pembangkang terutama DAP mula melakukan taktik memalukan dengan mendakwa kononnya UMNO sedang berusaha mengajak mereka menyertai Barisan Nasional (BN).

Ternyata secara tiba-tiba muncul dakwaan tersebut setelah rakyat melihat betapa DAP begitu dahsyat melancarkan politik berbau sentiment perkauman semata-mata untuk meraih sokongan terutama di kalangan pengundi Cina.

Mengulas perkara tersebut, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan menegaskan tidak pernah terlintas difikiran UMNO untuk mengajak DAP bekerjasama.

Ini kerana kata beliau dasar yang diperjuangkan BN amat jauh berbeza dengan DAP.

“Kita tak pernah berbincang (perkara ini) dan tidak pernah sekali-kali menjemput DAP untuk sertai BN. Cerita ini tidak benar…dasar perjuangan BN dan DAP amat berbeza.

“Rakyat pun tahu mengenai perjuangan UMNO dan parti komponen BN, kita berjuang untuk rakyat dan ia terbukti selama ini. Bagi kita dakwaan kita jemput DAP ini satu bersifat murahan yang tak perlu dilayan”, katanya di sini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut tidak menolak kemungkinan dakwaan ini adalah sebahagian daripada strategi pembangkang untuk menimbulkan keraguan di kalangan parti komponen BN.

“Kita tak perlu DAP untuk tarik kembali sokongan pengundi Cina kerana UMNO dan BN tidak pernah berputus asa sebaliknya mempunyai strategi tersendiri untuk menarik kembali sokongan masyarakat Cina di negara ini”, ujarnya.

Dakwaan kononnya UMNO mengajak DAP sertai BN untuk menarik balik sokongan pengundi masyarakat Cina pada pilihanraya akan datang seakan satu cerita yang secara tiba-tiba direka dan ditimbulkan setelah DAP diasak teruk dengan pendedahan demi pendedahan yang menunjukkan parti itu bermain politik perkauman yang dahsyat. -MediaUMNO

GHOSTWRITER : 'Isu ini ditimbulkan oleh DAP untuk mengalih pandangan orang ramai dari Isu DAP terlibat dalam pembunuhan TBH' baca lanjut mengenai isu ini di sini.

- Posted using BlogPress from my iPad

Post a Comment