#PRKSgLimau : Pas Dulu Pi Mampuihla Hang Azizan, Pas Hari ini Sambung Perjuangan Ustaz Azizan



Pas yang dulu bukanlah Pas yang sekarang, dulu hampa maki hamun Allahyarham Tan Sri Haji Azizan Razak sampai ada yang sanggup kata pi mampuihla hang dek kerana kelantangan Ustaz Azizan dalam memastikan Pentadbiran Negeri Kedah tepat mengikut perjuangan Islam sebenar.

Masih ingat dak bagaimana si Phahrolrazi memanggil Allahyarham Ustaz Azizan dengan panggilan 'MB tiga selinder'. Puak Pas Kedah juga pernah berdemo membantah Allahyarham Ustaz dari terus menjadi Pesuruhjaya Pas. Malah membuat sidang media memaki hamun pentadbiran beliau.

Sesudah meninggalnya Allahyarham Ustaz Azizan, maka memekitla bala tentera PAS mengambil kesempatan atas kerja Allah SWT dengan menyatakan :


Kini bila tiba Pilihanraya Kecil Sungai Limau yang ditarikhkan bakal berlangsung 4 November ini, Puak PAS berkokok kononnya calon mereka kinilah calon untuk menyambung perjuangan yang belum selesai oleh Allahyarham Ustaz Azizan.

Apakah itu cara Pas menyanjung seorang pemimpin? Kini mereka berubah pulak, kononnya mereka hargai dan sanjung Allahyarham Ustaz? Penduduk Sungai Limau kenal dengan Allahyarham Ustaz, dan menganggap Allahyarham Ustaz sebagai pemimpin ulung. Tetapi puak Pas Kedah ramai yang berpura-pura dan menjatuhkan Allahyarham Ustaz.

Mahukah penduduk Sungai Limau menyerahkan kuasa pada musuh yang menyebabkan 'kematian' Allahyarham Ustaz?

Post a Comment