Paip air keluar macam air liur anjing keletihan tewpun Kerajaan PAS Kedah naikkan juga Tarif?

garamanis

Sebelum ini Penang lepaih tuh Kedah. Mana Hatta Ramli...dia tak mahu bikin demo dan konsert?


Tarif Air Naik Hari Ini
ALOR SETAR, 29 Sept (Bernama) -- Tarif air di Kedah akan dinaikkan sebanyak 1.6 peratus mulai 1 Okt bagi menampung kos pengeluaran dan pengurusan bekalan air yang semakin meningkat.

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Bekalan Air Darulaman (Sada) Datuk Adzmi Din berkata tarif air yang diguna pakai sekarang merupakan tarif dan pelarasan yang berkuatkuasa pada 1 Mac 1993 dan sepanjang 17 tahun itu semakan semula tarif air di Kedah tidak pernah dibuat.

"Semakan dan pelarasan ini tidak dapat dielakkan memandangkan kos pengeluaran dan pengurusan bekalan air meningkat dari semasa ke semasa," katanya dalam laman web Warta Kedah hari ini.

Katanya secara keseluruhannya purata kenaikan caj kepada pengguna domestik adalah sekitar 27 peratus dan nilainya antara RM3 hingga RM8 melibatkan 457,707 akaun sehingga Ogos tahun ini.

Beliau berkata ini adalah ekoran peningkatan kos operasi dan penyelenggaraan disebabkan oleh beberapa faktor seperti pertambahan bilangan pengguna, penggunaan air dan kenaikan harga bahan kimia.

"Faktor lain yang menyebabkan pengurusan bekalan air meningkat adalah kerana kenaikan tarif bekalan elektrik. Justeru Sada tidak dapat mengelak daripada melakukan semakan dan pelarasan tarif baru dan Kedah bukan bersendirian melakukan pelarasan ini," katanya.
Baca ngomel Kedah Times yang memang tak puas hati dengan kenaikkan tarik ini. Kesian orang kampung yang undi PAS lepaih tuh kena bayaq lebih untuk ambil air semayang.

Pengurusan yang hebat dan cekap akan mencari jalan bagaimana hendak menyerap kos pengeluaran dan pengurusan yang meningkat itu tanpa membebankan pengguna. Kos pengurusan yang meningkat juga berpunca daripada pentadbiran yang tidak cekap. Tertanya juga berapa banyakkah yang dibelanjakan oleh SADA untuk membeli sebegitu banyak pacuan empat roda Nissan X-Trail.

Pengkorporatan seharusnya menjadikan pengurusan SADA lebih cekap, lebih kos efektif dan perkhidmatan yang berkualiti. Tetapi sebaliknya berlaku, perkhidmatan bekalan air makin teruk, kos operasi makin meningkat. Sada mendakwa kos operasi meningkat kerana bilangan pengguna yang bertambah, penggunaan air yang bertambah dan kos bahan kimia yang bertambah.

Dari sudut perniagaan, pertambahan bilangan pengguna dan penggunaan air adalah sesuatu yang bagus kerana ia menjadikan pendapatan SADA bertambah. Pertambahan pendapatan SADA itu sepatutnya dilaburkan kembali bagi memberi perkhidmatan bekalan air yang lebih bagus, tekanan air yang tinggi dan tidak lagi terputus bekalan air.

Yang peliknya, semasa pendapatan bertambah, SADA juga menaikkan tarif air. Tamak sangat ka SADA ni sampai tidak fikir kesan kepada pak cik yang kerja kampung, yang bagi mereka RM10 itu besar nilainya.

Secara tidak langsung SADA mengakui pengurusan mereka tidak cekap kerana terpaksa menaikkan kadar tarif apabila kos pengurusan meningkat, dan pada masa yang sama mereka mengakui kehebatan kerajaan Barisan Nasional sebelum ini yang tidak mengambil jalan mudah menaikan tarif air.

SADA berkata kadar tidak pernah dinaikkan sejak 17 tahun lepas, iaitu sejak 1993, semenjak Kedah berada di bawah Menteri Besar Tan Sri Osman Aroff lagi.

Kenyataan itu adalah satu pujian kepada kerajaan Barisan Nasional yang memerintah dahulu. Selama 15 tahun kerajaan Barisan Nasional tidak menaikkan tariff air tetapi tetapi datang kerajaan PAS yang berusia 2 tahun setengah terus naikkan tarif air.

Ustaz Azizan perlu diingatkan kembali tentang janjinya mahu membawa kesejahteraan kepada seluruh rakyat Kedah, tetapi tindakan menaikkan kadar tariff hanya membawa kesusahan kepada rakyat.

Post a Comment