Tengku Razaleigh sedang merekrut ahli AMANAH?


Bekas Presiden Semangat 46 Tengku Razaleigh Hamzah kini sedang sibuk merekrut ahli-ahli UMNO yang cenderung ke arah bersamanya untuk menubuh Parti Baru. Parti yang diberi nama Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH)itu digembar-gemburkan sebagai sebuah NGO. Antara intipati AMANAH adalah Keadilan, Ketidaktelusan, Anti Penyelewengan, Pertahan Perlembagaan, Agama Bangsa dan Negara.

Melihat dari sudut kaca mata blogger, aku melihat penubuhan Parti/NGO ini umpama menggambarkan perpecahan menanti belah UMNO di Kelantan. Walaupun digembar gemburkan pada Februari 2011 yang lalu satu Gelombang Merah telah dilihat seperti berjaya menawar hati rakyat bagi menggulingkan kerajaan PAS Kelantan, hakikat sebenarnya UMNO Kelantan semakin nazak.

Masalah dalaman parti yang meruncing, dengan 'cah keting'nya dan perpecahan antara ahli sudah keterlaluan. Dan ini diakui oleh UMNO sendiri. Lantas apa yang dilakukan hanya mencoba untuk mengurangkan, namun hakikatnya yang aku nampak dengan tertubuhnya AMANAH ini bukti perpecahan yang ketara.

Bercakap mengenai perjuangan, Ketua Pemuda UMNO Kelantan sendiri mengakui bahawa dia umpama bergerak sendiri tanpa penyokong. Kenapa ini boleh berlaku?

Seperti penulisan aku sebelum ini, garapan aku adalah suasana landskap politik Kelantan sebenarnya bukan PAS mahupun parti lawan kuat, tetapi UMNO sendiri berpecah belah dan gagal menyelesaikan masalah dalaman parti mereka.

Lawatan PM baru-baru ini kononnya dilihat bahawa satu gembong telah berjaya dicipta. Puluhan ribu yang hadir kononnya rakyat Kelantan yang sudah sedar kesalahan memilih wakil mereka. Adakah ini petunjuk bahawa kebangkitan UMNO di Kelantan? Jawapannya mudah, Hapuskan masalah dalaman UMNO Kelantan, bukan kurangkan. Yang penting adalah perjuangan, bukan hanya menanti wang.
Kritikan membina dari blogger

Edisi SPR Kena Hentam : SAIFUDDIN HIPOKRIT?
















Namanya YB DATO' SAIFUDDIN BIN ABDULLAH, berjawatan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, namun apa yang diungkapkan pada wacana ini pastinya mengguris perasaan ahli UMNO yang lain. Apapun aku melihat antara menteri yang berani bertindak diluar jangkaan. Jika YB-YB dari BN@UMNO yg mcm Datuk Saifuddin pasti rakyat akan gembira dan terus terima parti BN sebagai kerajaan. Tak perlu lah nak tuduh dan buruk-burukan parti lain atau pihak lawan. Berkerjasama demi sebuah Negara yg punya pemimpin yg boleh bantu dan tegur antara satu sama lain demi masa depan anak dan cucu kita.

Untuk rekod, Dato Saifuddin Abdullah ni antara Menteri yg selalu galakkan mahasiswa untuk bangkit mengubah demokrasi di negara ni agar berani bersuara...jangan takut dengan AUKU...beliau jugak pernah mengusulkan agar AUKU dikaji/dimansuhkan balik...tapi lihat la.....usul tu tak dilayan oleh UMNO.

GHOSTWRITER : "Bagi aku, aku tak benci UMNO, tapi UMNO perlukan nafas baru supaya boleh terus diterima rakyat. Buat perubahan sebelum perubahan dibuat oleh rakyat"

Penyokong BERSHIT MACAM KERA KENA BELACAN di wacana Wan Ahmad VS Ambiga




Namanya sebuah wacana.Sepatutnya semua hadirin duduk dengan tenang dan tertib mendengar penal bercakap.Namun kalangan penyokong Bersih yang hadir buat perangai macam sarkas.

Itulah halnya semasa wacana bertajuk : Apa Selepas 9 Julai yang dianjur oleh akhbar Sinar Harian di pejabatnya di Shah Alam petang Selasa yang menyaksikan pertama kali tampil bersemuka Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad wan Omar VS Pengerusi Bersih Datuk S Ambiga.

Ini pertama kali mereka bersemuka sejak demo haram Bersih 9 Julai.

Turut sama menjadi ahli penal ialah penganalisis politik Dr Shamsul Amri Baharuddin.



Namun forum selama lebih dua jam untuk membolehkan hadirin mendapat input secara langsung dari penal mengenai isu yang hangat itu kebelakangan ini dicemari dengan sikap ‘ nak menang saja dan mereka betul semua’ kalangan penyokong Bersih yang hadir.

Maka majlis diselangi seli dengan tempikan boo segala macam hingga pada satu ketika Wan Ahmad yang nampak fedup secara menyindir berkata jika mereka ( pembangkang ) menang semua kerusi pilihanraya semuanya OK.- Sumber : AgendaDaily


- Posted using BlogPress from my iPad

GEMPAR!! PUAK PAS GUNA JALUR LEBAR SKMM UNTUK GERAK KERJA POLITIK PRU13!!


Hasil tinjauan telah dibuat pada 25.7.2011 di Pusat Jalur Lebar milik SKMM yang disediakan di Kampung Batu 30, Machang, beberapa aduan telah diterima daripada penduduk sekitar kampung tersebut. 

Pihak PAS telah mengambil kesempatan dengan menggunakan kemudahan pencetak dan juga internet bagi melaksanakan gerak kerja politik di jalur lebar yang disediakan oleh pihak kerajaan BARISAN NASIONAL. Hampir 80% pengguna kemudahan jalur lebar di sini terdiri daripada ahli PAS termasuklah kerani markaz PAS berdekatan.

GHOSTWRITER : "Berguna juga Jalur Lebar yang disediakan oleh kerajaan BN, namun tak tahu malu juga pauk PAS yang mempergunakan Jalur Lebar untuk kemudahan penduduk bagi melakukan gerak kerja Politik mereka.Ehem.. kerajaan PAS kelantan tak mampu nak sediakan kemudahan jalur lebar ke buat petugas politik mereka?"

NAJIB UMUM DUIT RAYA BUAT KAKITANGAN AWAM - PANGKAH BULAN PUN DAPEK!


Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila kerajaan hari ini mengumumkan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500. 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa bayaran itu adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan dan akan dibuat sebelum 1 Syawal. 
"Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri," katanya. 
Najib berkata, bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara. - BERNAMA

Yang korang baca berita kat atas tu berita PM umum yang tahun lepas. Dah basi pun. Tapi aku copy letakkan kat atas. Saja nak umpan. Hahaha...

Jangan marah yer. Apapun aku ada dengar angin bertiup kencang bahawa kakitangan awam tahu ni akan dapat 'double trouble'. Banyak. Lebey dari tahun lepas.

Yang best tew, kakitangan awam yang pangkah bule, yang pangkah roket, yang pangkah gerhana pun dapek. Pastew PAStinya akan dijawab kembali oleh puak yang tak pernah syukur "Ini semua sebab dah dekat pilihanraya umum, kira gula-gula dari kerajaan Najibla".

Yang pelik dan jeliknya, duit ambil, guna, kerja dengan kerajaan BN, tapi sokong Negara Ber"KEBAJIKAN" (bukan lagi Negara ISLE). Sokong Roket "Malaysian Malaysia"..

GHOSTWRITER : "Dengar2 Najib dah tak keluar negara lepas raya ni, apa petandanya tew? Bulan November ni jadi ke? Ke awal tahun depan. dekat dah ni"

NIK AJIS SOKONG NAJIB : GUNA SISTEM BIOMETRIK!!!



Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, menyokong sistem biometrik yang akan digunakan pada pilihan raya umum akan datang jika terbukti tiada penyelewengan dalam pelaksanaannya.

Sehubungan itu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, PAS bersedia untuk mendengar taklimat dan penjelasan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung sistem biometrik itu.

“Apa juga sistem sekali pun yang membawa kebersihan kita sokong... yang tidak membawa kebersihan mesti ditentang, yang boleh meragukan juga mesti ditentang.

“Kita boleh jumpa SPR, ada benda boleh bincang... boleh soal jawab. Terima kasih kalau SPR nak buat itu, lepas taklimat kita dengar dan kita bincang,” katanya ketika ditanya mengenai sistem biometrik yang akan diperkenalkan SPR itu.

Terdahulu beliau merasmikan Majlis Perasmian Pelancaran Pelan Hala Tuju Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim di sini, semalam.

Akhbar melaporkan sistem biometrik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang akan digunakan SPR untuk pengesahan pengundi pada pilihan raya umum akan datang kebal daripada manipulasi dan tidak boleh ditembusi kepada penyalahgunaan oleh pihak berkepentingan untuk menipu ketika pilihan raya.

SPR turut membidas pembangkang yang terlalu cepat menolak sistem biometrik untuk digunakan pada pilihan raya umum sebelum sempat melihat dan menilai keberkesanan sistem berkenaan.

Pada Jumaat lalu, Nik Aziz ketika ditemui selepas melancarkan Ijtimak Pilihan Raya Negeri Kelantan, turut menegaskan sekiranya sistem biometrik itu memberi kebaikan maka perlulah dilaksanakan.

Mengulas lanjut, Nik Aziz bagaimanapun tetap menegaskan bahawa apa juga sistem yang membawa kepada ketelusan dalam pilihan raya, maka beliau akan menyokongnya, sebaliknya menolak apabila terdapat unsur ‘kotor’.

“Ia begini, mula-mula sekali memerintah diri, kemudian jiran, terus kepada negeri dan negara adalah (berlandaskan) agama, satu daripada cara supaya benda boleh dapat berjalan dengan baik (ialah) mesti ada kerajaan.

“Jadi, untuk membentuk kerajaan sekarang ini, mesti melalui mengundi, tak boleh cara lain. Apa saja cara bersih saya sokong,” katanya.


Sumber berita harian


GHOSTWRITER : "Alhamdulillah, bila kedua-dua pemimpin Islam/melayu bersefahaman dalam membuat keputusan.. Tapi apa kata cina DAPig pula lepas ni?"

SIAPAKAH DISEBALIK PEMBINAAN KFC di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV

Normala KFC satu nama yang tidak asing lagi semasa pilihanraya kecil Tenang. Namun bukan kisah Normala yang nak aku hidangkan hari ini. Tetapi kisah sebuah restoran KFC besar yang dibina dalam kawasan Stadium Sultan Muhammad ke-IV. Siapakah pemilik francais ini?

Umum tahu bahawa bola sepak Kelantan sedang meningkat naik. Jesteru, banyak pihak yang mula memikirkan bagaimana nak 'masyuk' dari kemenangan demi kemenangan Bola Sepak Kelantan. 

Antara yang dapat aku senaraikan disini, antara projek gila nak kaya oleh kerajaan negeri PAS Kelantan termasuklah :
  1. Pembinaan Restoran KFC (Ehem..Dengar kata pemilik Francais ini kutu PAS)
  2. Pembinaan Pondok Pungut hasil Parking di sekitar Stadium (Dulu free, kini berbayar ler)
  3. Pembinaan stadium baru kononnya lebih canggih dan tidak membazir.



Aduhai PAS...Yang kearah keuntungan nampak, tapi masalah air karat yang disalurkan kat rakyat sampai bila nam selesai? Asyik bagi alasan salahkan UMNO je, cubala bawak salahkan diri sendiri sama. PAS bukan maksum pun. UlarMak PAS bukan konfrem masyuk syurga pun...

GHOSTWRITER : "Nik Aziz oiii..Gatai dah badan mandi ayaq karat hang ni..."

DAP Sindiket Arak MURAH di Petaling Jaya? TAKEBEER!!!

BEBERAPA pelanggan mendapatkan minuman keras dijual pada harga murah di lorong belakang Sunway Mentari, Petaling Jaya baru-baru ini.

Sebatang lorong gelap yang disangka tidak dilalui orang ramai, rupa-rupanya adalah ‘syurga’ bagi kaki botol membeli arak murah berkonsepkan pandu lalu.

Setiap malam, pihak terbabit bebas menjual minuman keras kepada orang awam termasuk Melayu dan remaja bawah umur dengan harga semurah RM10 untuk tiga tin arak, berbanding harga biasa RM7 setin.

Rahsia harga murah tersebut disebabkan arak dalam tin itu belum dibayar cukai dan sepatutnya adalah untuk dieksport.

Pihak berkuasa pula seolah-olah ‘merestui’ urusniaga itu dengan tidak melakukan sebarang serbuan atau penangkapan walaupun terdapat anggota polis yang berkawal kira-kira 25 meter saja dari lorong itu.

Siasatan unit khas Utusan Malaysia selama tiga hari berturut-turut baru-baru ini mendapati, kedai yang terletak di Sunway Mentari, Petaling Jaya itu mengubah operasinya pada malam hari ke bahagian belakang kedai bagi membolehkannya menjual arak berlabel BFE (Brewed For Export).

KENAPA ORANG BANDAR SOKONG PEMBANGKANG?


Keperluan asasi dalam kehidupan seorang manusia adalah ia boleh atau bebas melakukan keperluannya iaitu keperluan untuk bernafas, makan, minum, seks dan tidur. Ini disimpulkan sebagai Physiological Needs dalam Maslow’s Hierarchy of Needs. Tangga seterusnya dalam hirarki ini adalah Safety Needs atau Jaminan Keselamatan dalam melaksanakan, mendapatkan dan meneruskan Physiological Needs di tangga pertama. Manusia akan berusaha untuk mencapai keperluan yang seterusnya apabila tangga terawal dicapai.

Maka atas sebab itu kita melihat manusia hari ini apabila sudah dipenuhkan asas di tangga pertama maka ia akan berusaha untuk memastikan jaminan pada keperluan itu akan berterusan. Maka mereka berjuang mencari kerja yang baik agar ada pendapatan yang stabil dalam memastikan keperluan asasi tercapai. Selain itu mereka berusaha memastikan kesihatan dan keselamatan mereka terjaga.

Atas formula ini mudah untuk kita memahami situasi hari ini yang mana manusia akan berusaha memperjuangkan haknya agar keperluan-keperluan asasi ini dicapai. Sekiranya dicapai, maka kehidupan itu seolah-olah sudah lengkap dan selayaknya sebagai seorang manusia. Sekiranya ia tergugat dan tidak dicapai, maka mereka bersungguh-sungguh mempertahankannya atau memperjuangkannya sehingga tercapai.

Di negara-negara Barat yang membangun atau maju, kedua-dua keperluan ini dirasai oleh majoriti rakyatnya meskipun tidak sepenuhnya dicapai dan mereka kini berusaha mempertahankan hak-hak untuk merasai dan menikmati keperluan-keperluan asasi ini.

Malaysia tidak terkecuali. Salah sebuah negara yang pesat membangun dengan berlatar belakangkan kepelbagaian kaum. Setiap dari kita mempunyai keperluan yang mahu dicapai. Baik melayu, cina, india dan bumiputera Sabah dan Sarawak.

Ironinya, umum tahu, politik di bandar juga dipengaruhi oleh keperluan rakyat yang semakin mendesak. Ramai golongan yang berpendidikan serta berjawatan tinggi kini menyokong pembangkang bagi memenuhi sesuatu yang mereka anggap kehendak yang masih belum dicapai.

Sebaliknya di kawasan kampung pula, corak politiknya agak berbeza. Masih ramai yang mengharapkan keperluan mereka disempurnakan oleh kerajaan Barisan Nasional. Kenapa ini berlaku?

Kita lihat suasana hidup di bandar. Ramai yang hidup mewah. Wang bukan ukuran. Pembangunan bukan lagi dambaan. Kerana bagi mereka, ini semua mereka telah kecapi. Mereka sudah ada. Apa yang mereka mahukan adalah kelainan dari segi tampok pimpinan negara. Tanpa menyedari ada "CELAKA" yang bakal menghapuskan hak bumiputera.

Bagi orang kampung, yang kadang-kadang dianggap buta oleh sesetengah pemimpin pembangkang. Mereka lebih rela hak mereka dijaga. Pembangunan masih lagi mereka dahaga. Banyak lagi yang mereka perlukan perhatian bagi membolehkan keperluan hidup mereka lebih selesa. Mereka juga turut bersyukur dengan apa yang ada. Walaupun kais pagi, petang hanya berhidangkan ikan kering saja.

Sejarah kita bagaikan ada yang dah lupa. Siapa DAP dulu hanya ditinggalkan dalam lipatan sejarah. Yang penting nafsu politik untuk menjatuhkan pimpinan MELAYU dapat dilaksana. Maka PAS pun buang agamanya, tolak tepi negara Islamnya demi niat satu. Jatuhkan pemimpin MELAYU dan bagi kepada CINA yang "CELAKA".

BODOHNYA melayu asyik sangat dengan senggeta, biar cina buat itu dan ini semua kena. Tapi bila sebut Islam dan undang-undangnya, baru cadang nak laksana, tunduk bila DAP bersuara. Fikirkanlah wahai sahabatku di kota. Bila CINA pegang, mana mungkin kita boleh bersuara!!

Adakah PerangSaraf Pakatan lebih berjaya atau BN terlalu baik?


Hari ini kita tahu bahawa Pakatan Rakyat bijak menggunakan pendekatan ceramah umumnya bagi menjelaskan isu yang dimainkan di media. Disebalik penjelasan isu, turut diselitkan adalah agenda mem'brand'kan BN sebagai rasuah, pemimpin BN hidup mewah, menolak Islam dan sebagainya.

1) Rasuah - Pakatan Rakyat berjaya memberikan tanggapan bahawa BN rasuah walaupun mereka juga adalah pengamal rasuah. Ini kerana Rasuah ini adalah masalah umat sekarang, bukan saja BN. Jika dikaji, DAP lebih bijak berselindung dengan Islamic PAS dalam perkara ini. PAS juga bukanlah Islamic sangat kerana berselindung dengan 'Islam' yang dipolitikkannya. Buktinya disini.

2) Pemimpin BN hidup mewah - Memang ya pemimpin BN hidup mewah. Aku akui. Tidak aku nafikan. Namun adakah pemimpin Pakatan hari ini tidak mewah? Baru saja menjadi wakil rakyat sepenggal sudah mewah? Adakah secara kebetulan atau sememangnya mereka sejak zahirnya kaya? 

3) Pemimpin BN tolak Islam? - Jangan jadi hipokrid berkenaan perkara ini. Kita sesama Islam tuduh UMNO tidak Islam, PAS lebih Islamnya. Namun siapakah yang wujudkan pengajian Islam yang aku anggap telah lengkap di sekolah sekarang? Adakah anak kita gagal mendapat pendidikan Islam salah kerajaan UMNO seperti tuduhan BOB LOKMAN? PAS baru saja nak laksana itu dan ini, namun bila buka mulut saja, DAP tutupkan, dah tarik balik hasrat Islamnya.. Bagaimana PAS nak laksana negara Islam sedangkan sebut negara Islam depan DAP pun tidak boleh? Ironinya PAS sanggup tolak Islam demi hubungan suci bersama DAP.

GHOSTWRITER : Adakah PerangSaraf Pakatan lebih berjaya atau BN terlalu baik?

KuLi ganti Anwar Terajui Pakatan Rakyat




Pakatan pembangkang telah mempelawa Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menjadi Ketua Pembangkang yang baru sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim disabitkan bersalah dalam kes liwatnya ketika ini.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, maklumat itu diperolehinya daripada rakan-rakannya yang masih berada di dalam PKR pagi ini. - Utusan

Calon-calon bagi kategori Anugerah Bintang BerSHIT (ABB) paling mendapat simpati Rakyat adalah :

Blogger PR Topeng Perak @ Poji berlakon mati kononnya beliau adalah Allahyarham Baharuddin Ahmad.
Anwar Prono yang pernah beraksi dengan china doll kini tenat ditolak bodyguard sendiri.
Mat Sabu yang kini dikenali sebagai SabuWilcha yang dilanggar land rover

Sila undi di kotak komen di bawah. Taip nama pelakon yang anda suka. Undian dibuka sampai malam ni saja. Pemenang akan diumumkan besok..hahaha!!

FAKTA POST MORTEM BERSIH YANG MEMBUATKAN ANWAR RASA BODOH....

Hujah-hujah dalam penulisan ini membuatkan orang yang bersama-sama BERSIH nampak bodoh...LAYAN JANGAN TAK LAYAN...

BERSIH 2.0 Pandangan dari Jiwa Marhaen

Biarkan aku ceritakan pendapat tentang 'bersih' dari sudut pandang jujur seorang rakyat marhaen. Anda tidak akan dapat sumber bacaan secara academia, politik dan journalist dalam entry ini.

Hanyalah pandangan seorang rakyat tentang event Bersih 2.0 yang telah berlangsung pagi tadi dan pandangan ini tidak akan memberikan kelainan kepada perasaan korang terhadap apa yang korang kagum samada kepada Ds Najib, Anwar Ibrahim, TGNA, dan Lim kit siang.

Disclaimer : ini adalah pendapat khusus yang menjurus kepada event Bersih 2.0, jika anda tidak paham dan anda mengamuk di ruangan komen, samada anda skinread entry ini atau anda dipengaruhi oleh sentimen.


1) " Alah kecoh la polis ni, biarlah orang nak berarak secara aman, kalau polis tak kacau, tak block sana tak block sini, takdenye jadi kacau bilau kat KL tu"

A) untuk pengetahuan adik-adik yang baru nak berekspresi dengan sifat rebellious, Peristiwa berdarah 13 mei 1969 pada mulanya pun bukanlah satu rusuhan, sebaliknya ia adalah perarakan kemenangan oleh kaum cina yang merayakan kemenangan DAP di Penang dan KL.

Perarakan kemenangan ini pada mulanya bermula dengan aman tanpa sikit pun campurtangan dari pihak polis, tentera mahupun RELA, tetapi ia mula menjadi rusuhan kaum apabila peserta perarakan mula dihantui emosi dan hasutan.

Orang cina mula melambai-lambaikan penyapu melambangkan mahu menyapu kaum Melayu keluar dari KL dan Penang, dan mereka mula memaki hamun Melayu dengan perkataan 'babi' dan 'anjing'... bila masing-masing dah mula sentap maka masing-masing akan mula mencetuskan provokasi.

Hasil dari provokasi maka berlakulah keganasan dan rusuhan yang akhirnya membuatkan negara tidak aman dan diisytiharkan darurat.

B) BERSIH 1.0 tidak berjalan dengan aman

C) Dah bagi peluang serah memorandum depan DYMM SRPD Agong, tak serah pulak, suruh buat kat stadium Shah Alam taknak pulak, Hari tu aku rilek je tengok Pakatan Rakyat buat rapat umum dekat Stadium tu, siap solat hajat lagi kat stadium melawati ramai-ramai, berpuluh ribu datang, takda pulak polis kacau, boleh pulak buat dalam stadium aman damai, takda pulak jadi beruk atas Jalan raya.

Sekali Ambiga keluar arahan, terus jadi bengap ikut membabi buta demo atas jalan? ini nak serah memorandum ke nak provok memetik-metik biar jadi rusuhan?

"alaaa terus terang je kan senang, malu malu pulak, terus terang je, dah memang nampak dah apa kehendak Ambiga and the gang tu."

2) " aku kelakar tengok orang ramai yang merungut pasal BERSIH ni, tak boleh buat aktiviti harianlah, jem lah apa lah, kalau malam newyear, sambutan merdeka boleh pulak jalan kaki 2, 3 jam tak rasa penat"

A) kalau anda cakap macam ni, samada anda ni bodoh atau anda ni memang dilahirkan takda bakat jadi ahli politik.

Manusia jika buat apa yang dia suka, dia tidak akan merasa ia membebankan dan menyusahkan, sebaliknya akan rasa seronok, tiadanya rasa panik dan kegusaran akan berlakunya letupan molotov cocktail dan adengan polis-pukul-kepala-orang-dan orang-sepak-kepala-polis.

B) Kalau korang gunakan analogi bodoh mcm ni, menunjukkan korang tak sensitif, apa kata bila setiap kali korang buat kenduri kahwin depan rumah yg halang jalan raya tu, aku datang dengan 3000 orang depan khemah kenduri tu aku buat demonstrasi? amacam? korang bengang tak bila perancangan dan event kedamaian tu diganggu oleh demonstrasi jalanan?

Kalau korang berlatih silat atau taekwando..Tokguru korang lempang muka, sepak perut korang, dah tentulah korang tak sakit hati sebab itu kehendak hati dan korang nak enjoy the situation, tapi cuba korang tengah duduk senang lenang tengok Maharajalawak, aku datang lempang muka korang laju-laju..agak-agak korang sakit hati tak? apa bendalah cakap tak pakai otak.

3) " Demonstrasi jalanan ni nak tunjuk suara rakyat terhadap kerajaan"

A) Demonstrasi jalanan tu berapa ratus ribu orang yang datang? paling hebat pun depan jalan pudu yang blogger2 excited duk cakap 50ribu orang, aku tengok tak sampai pun 20 ribu. adakah so called 50 ribu orang ini mewakili 27juta suara majoriti rakyat Malaysia?

B) Baik takyah pilihanraya, asal tak puas hati je perang, tak puas hati je gerila, tak puas hati je demo tiap-tiap minggu kat KL.

4) Kepura-puraan terhadap Datuk Ambiga dan sekutunya.

Alkisahnya, pada suatu masa yang tak berapa nak dulu, ada seorang perempuan islam yang mahu murtad. Nama perempuan itu adalah Lina Joy, maka apabila kedengaran akan hal ni, bergempitalah seluruh bumi Malaysia dengan suara Ahli PAS, UMNO, NGO Islam dan Jemaah islam yang lain.

Pada masa itu, ada seorang Peguam yang secara aggressive membela Lina Joy untuk murtad dan menghapuskan perkataan Islam pada Mykadnya, dek kerana perkara itu terdapatnya suara-suara mujahidin dalam ahli Pas, Umno dan jemaah islam yang lain yang melaungkan JIHAD terhadap Lina Joy dan aktivis lawyer itu...

Anda kenal siapa lawyer yang lantang itu? tak lain tak bukan adalah Ambiga Sreenevasan. Ketua gabungan pilihanraya Adil dan Bersih (BERSIH)

Dan pada hari ni, dalam televisyen kelihatan lah Abdul Hadi Awang, Anwar Ibrahim, a.Samad said dan beribu-ribu pemuda Pas dan PKR yang berjalan di belakang Bontot Ambiga memperjuangkan gerakan yang digerak dan diketuai oleh Ambiga ini.

"tapi Zulfikar, kau tak boleh cakap macam tu, kita sokong perjuangan bersih, tapi kita tak sokong Ambiga. sesetengah kualiti yang ada pada pemimpin tu kita boleh ikut. lagipun aku tak berketuakan Ambiga, aku follow TGHA dan Anwar!"

Jika begitu anda telah bias, anda telah hidup dalam kepura-puraan, kenapa anda bakar patung Bush? kenapa anda pijak gambar Mahathir? kenapa anda hukum Ds Najib kerana Rosmah tidak bertudung? kenapa anda hukum keseluruhan Yahudi kerana zionis? kenapa anda benci kerajaan kerana lesen arak?

Nampaknya prinsip anda tidak selari dengan pendapat korang terhadap Ambiga. Korang berat sebelah, pada satu pihak jika dia membuat satu salah dan lainnya betul anda tetap maki hamun dan bangun berdemonstrasi.

Tapi di satu pihak yang lain, bila kena tang Ambiga, anda boleh pulak mengasingkan antara idealisme dia tentang murtad dan perjuangan bersih 2.0. Mana pendirian korang ni?

Korang perlu ingat, dosa dia terhadap Islam besar, lebih besar dari jasa dia mengetuai demonstrasi jalanan Bersih. Dia memperjuangkan murtad, menyerang islam dengan memorandum The Inter faith council (IFC) yang menyerang hak istimewa agama islam.

Bukan hanya hak istimewa dan kedudukan Islam dalam Malaysia sahaja, tapi Fundemental dan prinsip islam secara keseluruhannya.

contohnya : (memorandum tuntutan IFC terhadap kerajaan Malaysia)
i. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

v. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

Apa yang diperjuangkan Ambiga dalam IFC dan kes Lina joy adalah berkenaan Akidah Umat islam, adakah lebih besar dosa kerajaan yang tidak guna dakwat kekal dalam pilihanraya dari dosa Ambiga mempersoalkan Islam?

Jadi jika anda pukul rata terhadap kerajaan, anda juga mesti pukul rata juga kepada Ambiga Sreenevasan!

Barulah kena dengan prinsip korang macam yang dilaungkan : Ke arah keadilan dan kebersihan sistem demokrasi.

5) "Jika kerajaan zalim, kita mesti tumbangkan dengan demonstrasi jalan raya, Inilah asas demokrasi"

i) Asas demokrasi bukan demonstrasi jalan raya tetapi pungutan suara majoriti dalam membuat keputusan. (yang ni pendekar nak tambah..demokrasi jalan raya? Kepala hangguk dia..)

ii) Demonstrasi tidak mewakili suara majoriti rakyat.

Jika sesuatu kerajaan ditumbangkan dan diasaskan dengan keganasan, maka satu hari nanti ia juga akan tumbang dengan keganasan juga.

Jika Kerajaan sekarang tumbang dengan gerakan demonstrasi jalanan, JIKA Pakatan Rakyat boleh pergi ke Putrajaya dengan aksi jalanan, pada masa akan datang, BN pulak akan merusuh, menghimpunkan penyokongnya untuk merampas kembali kuasa

Sampai bila nak habis?

Jadi gerakan ini sudah tidak demokrasi lagi, sebaliknya ia telah bertukar menjadi Gerila. jika tak suka dengan kerajaan maka mari kita rampas kuasa dengan pemberontakan. Ini kerja gila.

Formula kehancuran ini akan berulang-ulang sampai kiamat akibat setiap pihak merasakan merekalah yang betul, merekalah yang mewakili hasrat hati majoriti rakyat.

Dan masalah pemberontakan dan rusuhan ini tidak akan boleh reda kecuali dengan kuasa Allah, Lihat Gerakan Acheh Merdeka (GAM) yang berpuluh tahun memberontak untuk Merdeka. Sehingga Tentera Indonesia buntu nak hentikan mereka, sampailah Tsunami Indonesia membinasakan Tanah Acheh. Akhirnya Jurucakap GAM sendiri dalam temuramah menyatakan ...

" Sudah tidak ada apa lagi yang mahu diperjuangkan di Acheh, Acheh sudah hancur. Jadi kami membubarkan Gerakan Acheh Merdeka"

Cuba anda tengok Abu Sayaf di Mindanau, lihat IRA di Ireland, Gerila di Venezuela, Puak Pemisah Basque dan banyak lagi. Jika sesebuah Kerajaan itu diasaskan dengan keganasan dan pertumpahan darah, maka ia juga akan jatuh dengan pertumpahan darah. dan formula persamaan ini akan berulang-ulang sehingga tiada kesudahan.

Contoh yang paling hampir adalah Parti Thaksin Shinawat yang telah dirampas kuasa oleh Kumpulan baju Kuning Abisit. Tetapi keputusan pilihanraya adalah milik Thaksin, majoriti rakyat Thailand mahu Thaksin yang jad PM.

Tapi Abisit yang rampas kuasa dengan demo, bantuan tentera dan istana, bila diadakan semula pilihanraya, maka Parti Abisit tumpas kembali, kerana asasnya majoriti mahu parti politik Thanksin yang memimpin.

6) " Tapi Zulfikar, Pilihanraya Di Malaysia tidak adil"

i) aku malas nak hujah pasal ni, sebab nanti ada argument yang cliche.

ii) Jika Kerajaan betul-betul nak aniaya Pembangkang, Kerajaan akan gunakan segala jentera dan sumber yang ada untuk menewaskan Anwar Ibrahim di PRK permatang pauh, kerana ancaman politik paling besar bagi BN adalah pengaruh Anwar Ibrahim, Jadi pertarungan paling strategik mestilah menewaskan Anwar Ibrahim di Permatang Pauh. Tapi kenapa DS Anwar masih menang dengan majoriti yang banyak?

Dimanakah pengundi Hantu BN? dimanakah tangan yang tak dicelup dengan dakwat kekal? dimanakah pengundi hantu yang berumur 120 tahun yang disorok dalam gua oleh BN? dimanakah manipulasi ic? kenapakah peti undi haram tidak membantu Bn menewaskan Anwar Ibrahim?

iii) BN pernah kalah teruk Di Terengganu, Jika BN mahu gunakan senjata pengundi hantu dan ketidakadilan pilihanraya, wajiblah terengganu yang diselamatkan for whatever cost! by crook or by hook!

"Kenapa pulak Zulfikar?"

Kerana Terengganu merupakan hasil pendapatan Kerajaan pusat, ada minyak berbillion-billion, Jika BN tumpas di Terengganu, nanti BN pening nak buat muslihat taknak bagi royalti pada pas, nak buat muslihat wang ihsan, nak buat muslihat mahkamah.

Jadi sepatutnya, BN menggunakan pengundi hantu dan ketidakadilan bagi menyelamatkan Terengganu. samalah juga kesnya dengan Selangor, Pulau Pinang dan Perak, negeri-negeri ini semua adalah negeri berpendapatan tinggi dan strategik bagi BN, buat apa pulak BN nak bersusah payah tewas dan berkempen untuk menang kembali pilihanraya?

Lebih baik guna je SPR, tipu undi dan kemudian terus memerintah dengan selesa. Tapi aku tak menafikan kelemahan SPR, memang terdapat data-data yang tak dikemaskini, tapi ia bukanlah senjata, ia hanya kelemahan.

iV) sudah 21 tahun PAS memerintah Kelantan, dan tewasnya BN di Kelantan adalah keaiban bagi UMNO yang memperjuangkan Melayu.

Jika BN mahu menutup malu dan menghentikan kemarau kemenangan di Kelantan, buat apa susah payah berkempen Puluh2 tahun. Guna saja pengundi hantu dan ketidakadilan Pilihanraya. guna SPR suruh manipulate keputusan PRU.

**********************************

Jawapan di atas dijawab dengan hanya menggunakan penaklukan mantik asas, memandangkan dulu aku sangat suka dengar ceramah Ustaz Ismail Kamus yang terkenal hebat dengan Ilmu mantiknya, maka aku pun menggunakan kembali hujah mantik.

Dan pendapat di atas adalah semata-mata luahan hati aku sendiri sambil menaip di blog, tak perlu statistic pilihanraya, tak perlu citation dari kisah Watergate Scandal, the reign of terror Maximilian Robispierre, pengulingan Tzar di Rusia dan sebagainya.

Dan tak perlulah aku ulang sejarah pasal UMNO Haram pada 4 Febuari 1988. Jika anda menyatakan bahawa UMNO itu kebal dari Undang-undang, maknanya anda bebal malas baca buku sejarah politik Malaysia.

Aku hanya memahami politik dari sudut pandang seorang rakyat.

SUMBER : RASA HATI

Pakatan Rakyat Sinonim dengan Wilcha?

Kenapa Pemimpin Pakatan Rakyat suka guna Wilcha?
Karpal dengan wilchanya
Nizar dengan wilchanya
Anwar dengan wilchanya.
Nik Aziz dengan wilchanya

TERBARU
Mat Sabu dengan Wilchanya.
Wilcha sinonim dengan Pakatan Rakyat, kenapa?

BERJUANG UNTUK BERSHIT MATI SYAHID!! -konfrem dah SYORGA!

"Tok Guru, doakan agar ayah saya mati syahid," kata Nazrul Baharudin, 23 tahun kepada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS.
Nazrul berkata demikian ketika memberikan kata-kata aluan menyambut kedatangan Tuan Guru Nik Aziz ke rumah beliau di Kelumpok Camar, Keramat.
Nazrul adalah anak kedua Allahyarham Baharudin Ahmad, 56 tahun yang meninggal semasa perhimpunan Bersih 2.0 semalam.
(Nik Aziz berdoa untuk roh Allahyarham Baharudin dan keluarganya)
Baharudin meninggal selepas pengsan di perkarangan KLCC. Mengikut laporan awalnya, Baharudin sesak nafas selepas terkena gas pemedih mata yang ditembak pasukan keselamatan ke arah orang ramai yang menyertai perhimpunan itu.
Namun, cerita lain mula merebak sebaik sahaja jenazah Allahyarham dikeluarkan dari rumah mayat Hospital Kuala Lumpur jam 3 pagi tadi selepas menjalani postmortem.
"Empat tulang dadanya didapati patah manakala tiga batang giginya juga patah," kata Azhar Kassim, anak saudara Allahyarham Baharudin ketika ditemui Harakahdaily di rumah Allahyarham.
Sehingga kini, laporan postmortem tidak dikeluarkan oleh hospital kepada keluarga mangsa. Ia menjadi tandatanya keluarga kerana kenapa laporan itu tidak dikeluarkan sedangkan mayat dibenarkan untuk dikebumikan.
Usaha anak Allahyarham yang merupakan seorang doktor di HKL untuk mendapatkan laporan juga dikatakan tidak berjaya.
Menurut Azhar (gambar kanan), pakciknya itu bekas askar dan kini menjadi polis simpanan.
"Dia tiada ada asma, jantung atau kencing manis...yang ada darah tinggi sahaja sedikit...pendek kata dia sihatlah," kata Azhar.
Isterinya, Puan Rosni Melan pula memberitahu, suaminya keluar dari rumah selepas solat Zohor kelmarin dan menuju ke KLCC sedangkan beliau keluar lebih awal bersama rakan-rakan muslimat menujuk Stadium Merdeka.
"Macam mana kita mati, sakit jantung ke, kena pukul ke, semuanya akan didedahkan semula di akhirat kelak...ketika itu tidak siapa boleh berdalih," kata Nik Aziz menyambut kata-kata Nazrul kepada beliau itu.
Turut bersama Nik Aziz adalah pimpinan PAS Gombak termasuk Yang Dipertuanya, Ustaz Salahudin Nasir.
Nik Aziz yang baru pulang dari Mekah kerana menunaikan umrah terus datang ke rumah Allahyarham Baharudin dari KLIA untuk mengucapkan takziah kepada keluarganya.
Turut berada di rumah adalah isteri Allahyarham, Puan Rosni dan dua lagi anaknya selain Nazrul.
(Nazrul memeluk Nik Aziz selepas doa dibacakan)
"Kita hidup ini adalah satu latihan untuk hidup di akhirat dengan baik," kata Nik Aziz dalam ucapan ringkasnya.
Selain mengucapkan takziah, Nik Aziz juga menghulurkan sumbangan pribadi kepada keluarga Allahyarham yang disampaikan kepada Nazrul.
"Saya dengar hal ni masa di Mekah lagi dan memang berhajat untuk datang ke sini," kata Nik Aziz terharu denga sambutan terhadap beliau dari keluarga Allahyarham terutama ucapan ringkas Nazrul.
Nazrul sebelum itu berkata, Allahyarham bapanya sangat meminati Nik Aziz dan selalu bercakap tentang kehebatannya.
(Nazrul dan adiknya ketika bercakap menyambut kedatangan Nik Aziz)
"Kami sekeluarga sangat berbesar hati atas kunjungan tuan guru hari ini dan mengucapkan berbanyak terima kasih," kata Nazrul.
Walaupun kunjungan Nik Aziz dan isterinya amat singkat namun ianya memberikan kesan yang sangat besar kepada keluarga Nazrul dan juga perjuangan untuk mendapatkan pilihanraya yang adil dan bersih di negara ini.
"Sejak saya berjuang di dalam PAS sejak tahun 70an lagi, saya tidak pernah rasa pilihan raya di negara kita ini berjalan dengan bersih dan adil," kata Nik Aziz kepada wartawan yang menemui beliau sebelum meninggalkan flat Blok A, Kelumpok Camar, Keramat itu. 
SUMBER : HARAKAHDAILY
GHOSTWRITER : "PERGH.. Hebatnya Tok Guru..Jom anjur BERSHIT setiap hari. Boleh ramai lagi pejuang mati syahid. Tak payah masuk tentera. Memberontak melawan kerajaan di bawah pimpinan Ambiga masuk SYORGA. Eh! Bukan ke semua yang undi PAS dah konfrem masuk SYORGA?"

PerBEZAan PAS dulu dan KINI

MENGIKUT satu fakta sejarah, PAS telah ditubuhkan secara rasmi pada tanggal 23 Ogos 1951. Bagaimanapun, ada fakta lain yang menyebut bahawa PAS ditubuhkan pada 24 November 1951 (Warta Negara, 26 November 1951 dan Utusan Melayu 25 November 1951).

Walaupun di sini terdapat dua tarikh yang berbeza, namun bagi ahli-ahli sejarah dan tokoh-tokoh lama dalam PAS, fakta kedua (24 November 1951) adalah tarikh kepastian PAS ditubuhkan.

Parti Islam Se-Malaysia kemudiannya telah didaftarkan sebagai sebuah organisasi pada 31hb. Mei 1955 dengan Nombor Pendaftaran. 733 (Pulau Pinang).

PAS atau Persatuan Islam Se-Malaya (nama asalnya) adalah satu-satunya pertubuhan atau parti politik Melayu yang berteraskan kepada Islam yang ditubuhkan sebelum merdeka sesudah Hizbul Muslimin diharamkan oleh penjajah pada tahun 1948.

Golongan reformasi ini bukan sahaja berjaya menyedarkan masyarakat Melayu tentang betapa pentingnya menghapuskan penjajah barat bagi mewujudkan sebuah negara Islam, tetapi turut menyuarakan pendapat bahawa kelemahan umat Islam sebenarnya adalah berpunca daripada masyarakat Islam yang tidak mahu mengikut ajaran Islam dengan betul sebagaimana yang terkandung di dalam al-Quran dan Sunnah.

Dalam usaha mereka menyedarkan masyarakat tentang betapa pentingnya kembali semula kepada Islam, pada tahun 1906 mereka telah berjaya menerbitkan sebuah majalah di Singapura yang diberi nama al-lmam. Selanjutnya pada tahun 1925 terbit pula akhbar Edaran Zaman di Pulau Pinang, majalah al-Ikhwan pada tahun 1926 dan Suara pada tahun 1928.

Dengan terbitnya akhbar dan majalah tersebut, golongan ini telah berjaya mencetuskan Revolusi lntelektual di kalangan masyarakat Melayu dan akhirnya bibit-bibit kesedaran yang ditanamkan itu telah mendorong masyarakat Melayu untuk menubuhkan beberapa kesatuan atau pertubuhan bagi memajukan bangsa Melayu dan umat Islam pada tahun-tahun berikutnya.

Persatuan Melayu pertama bercorak politik secara nyata ditubuhkan di negara ini ialah Kesatuan Melayu Muda (KMM) pimpinan lbrahim Haji Yaakob. la ditubuhkan pada Mei 1937. Kesatuan ini ditubuhkan atas kesedaran mahu memperjuangkan kemerdekaan negara serta membebaskan Tanah Melayu daripada terus ditindas dan dijajah oleh penjajah British.
Malangnya, kesatuan ini tidak dapat bertahan lama kerana ia telah diharamkan oleh Jepun semasa Jepun menguasai Tanah Melayu pada tahun 1941 - 1945.

Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, sebuah parti politik baru Melayu dibentuk, iaitu Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). la ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh, Perak. Pemimpin awalnya ialah Mokhtaruddin Lasso, yang kemudiannya berpindah tangan kepada Dr. Burhanuddin al-Helmi - iaitu seorang tokoh agama yang mampu menguasai bahasa Arab dan lnggeris disamping bahasa Melayu. PKMM telah mengisytiharkan matlamatnya untuk mencapai kemerdekaan negara secara penuh.

Dr. Burhanuddin banyak berkorban untuk PKMM dan beliau mendapat kepercayaan golongan agama untuk menyertai gerakan politik bagi menentang penjajah.

PKMM telah berjaya memperluaskan pengaruhnya dalam masyarakat Melayu sehingga ia berjaya menubuhkan pula beberapa sayap atau bahagian dalam struktur organisasinya.

Selain Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tani Se-Malaya (BATAS), Majlis Agama Tertingga Se-Malaya (MATA) juga merupakan antara sayap atau bahagian dalam struktur organisasi PKMM.

MATA merupakan bahagian agama parti berkenaan. Melalui MATA dalam satu mesyuarat agung tahunannya telah berjaya melahirkan Hizbul Muslimin pada 14 Mac 1948. Tujuan PKMM melahirkan Hizbul Muslimin sebagai sayapnya adalah bagi mengumpulkan tenaga para ulama.

Sebagai sebuah parti Islam pertama di negara ini, Hizbul Muslimin yang dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar al-Baqir mempunyai matlamat untuk mencapai kemerdekaan negara yang berdaulat bagi membentuk sebuah masyarakat yang berasaskan kepada kefahaman Islam serta mewujudkan sebuah negara Islam atau Darul Islam. Dalam pendiriannya, ia menyokong PKMM tetapi sekeras-kerasnya menolak perjuangan UMNO.

Bagaimanapun, riwayat hidup Hizbul Muslimin berakhir pada Ogos 1948 apabila British bertindak mengharamkannya disamping menahan seramai tujuh orang pucuk pimpinannya, termasuklah Ustaz Abu Bakar al-Baqir sendiri di bawah Undang-undang Darurat atau Emergency Regulations.

Sungguhpun aktiviti Hizbul Muslimin terhenti, namun keghairahan sokongan rakyat khususnya dari alim ulama terhadap perjuangan politiknya amatlah memberangsangkan. Semangat dan sokongan kental inilah yang akhirnya merintis jalan mudah ke arah penubuhan PAS pada tahun 1951.

Dalam hal ini, ramai ahli sejarah berpendapat penghargaan dan pengiktirafan perlulah dihulurkan kepada Ustaz Abu Bakar al-Baqir, pemimpin MATA dan seterusnya Hizbul Muslimin yang telah menggarap sebahagian besar dari ground work bagi melebarkan persekitaran untuk memudahkan penubuhan PAS.
Peranan Hizbul Muslimin dalam penubuhan PAS lebih tertonjol lagi apabila sebahagian besar dari bekas pucuk pimpinan pusatnya turut menyertai PAS dan memainkan peranan secara aktif. Mereka antaranya termasuklah Ustaz Othman Hamzah, Ustaz Baharuddin Abd. Latiff, Tuan Haji Khaider Khatib dan Ustaz Yunus Haji Yatimi.

Besar kemungkinan juga Bahagian Agama UMNO yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Fuad Hassan turut diresapi dengan pengaruh Hizbul Muslimin ini. Tambahan lagi ramai pemimpin agama dalam UMNO ketika itu kecewa dengan pucuk pimpinan mereka yang bercadang untuk menaja perjudian (loteri).

Tidak dapat dinafikan bahawa rancangan awal penubuhan PAS sebenarnya adalah ditimbulkan oleh sebahagian besar ahli-ahli agama di dalam UMNO semasa berlangsungnya Muktamar Ulama Ketiga di Bangunan Kelab UMNO Bagan, Butterworth dengan penitia penajanya terdiri daripada:
1-Ustaz Haji Ahmad Fuad Hassan - Pengerusi
2-Ustaz Haji Ahmad Maliki - Setiausaha
3-Tuan Haji Ahmad Badawi Abdullah - Anggota
4-Tuan Haji Ahmad Ghazali Abdullah - Anggota
5-Tuan Haji Ahmad Tuan Hussein - Anggota
6-Tuan Haji Mansor J.P - Anggota

Dua tiga orang ulama yang menjadi ahli dari Selangor dan Negeri Sembilan.
Penitia penaja inilah yang berusaha merangka perlembagaan serta menamakan pertubuhan yang dicita-citakan itu - iaitu dengan nama Pertubuhan Ulama Se-Malaya. Penitia ini telah berusaha mengadakan persidangan dengan persatuan-persatuan kebajikan Melayu atau Islam, Majlis Agama Islam Negeri, ulama perseorangan, para kadhi dan juga mufti.

Walaupun perhimpunan ulama dan orang perseorangan yang dianjurkan oleh Bahagian Agama UMNO itu pada mulanya berjaya menubuhkan Pertubuhan Ulama, tetapi atas inisiatif Ustaz Othman Hamzah, bekas Ahli Jawatankuasa Hizbul Muslimin yang mewakili Persatuan al-Ehya as-Syariff, Gunong Semanggol berjaya melahirkan Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) bagi menggantikan Pertubuhan Ulama Se-Malaya yang dicadangkan pada mulanya.

Maka PAS telah ditubuhkan secara rasmi hasil dari perhimpunan atau muktamar tersebut, yang antaranya turut disertai oleh:
1-Persatuan guru-guru agama dari Perlis.
2-Persatuan ulama dari Kedah.
3-Persatuan anak-anak Kalimantan Malaya (PERKAM) Perak.
4-Kelab Darul Ehsan dari Selangor.
5-Kelab Melayu Bagan dari Seberang Perai.
6-Persatuan al-Ehya as-Syariff, Gunong Semanggol, Perak.
7-Perikatan Melayu Bersatu dari Seberang Perai dan Pulau Pinang.
Dan lain-lain badan kebajikan, kelab atau jamaah terutamanya dari Seberang Perai dan Pulau Pinang.

Juga hadir sama beberapa orang Tuan Guru, wartawan, imam dan kadhi atas nama peribadi.
Adapun Perlembagaan awal PAS yang digariskan itu mempunyai empat tujuan, iaitu:
PERTAMA: Mewujudkan satu perikatan persaudaraan Islam untuk membentuk satu tenaga bersama bagi menyelenggarakan segala tuntutan Islam dan siasah yang berdasarkan demokrasi.
KEDUA: Menumpukan segala ikhtiar dan tenaga untuk menyatukan Perlembagaan pentadbiran agama di seluruh negara.
KETIGA: Memelihara dan mempertahankan hak-hak kepentingan dan kehormatan agama dan umat Islam.
KEEMPAT: Bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan siasah yang lain di dalam negara ini, yang dasar dan tujuannya tidak berlawanan dengan ajaran Islam dalam mencapai demokrasi, keadilan masyarakat dan kemanusiaan.

Antara barisan kepimpinan pertama yang dilantik menerajui PAS termasuklah:
Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan - Yang Dipertua Agung
Tuan Haji Ahmad Ghazali Abdullah - Timbalan Yang Dipertua Agung
Tuan haji Hussin Che Dol - Naib Yang Dipertua Agung (Utara)
Fakir Muhammad Nor - Naib Yang Dipertua Agung (Tengah)
Abdul Rahman Jamaluddin al-Jambuli - Naib Yang Dipertua Agung (Selatan)
Tuan Haji Ahmad Maliki - Setiausaha Agung
Tuan Haji Ahmad Tuan Hussein - Bendahari Agung
Ahli Jawatankuasa Agung pula terdiri daripada:
Tuan Haji Yahya Joned
Tuan Haji Uthman Talib
Tuan Haji Mohammad Nor
Tuan Haji Zabidi Ali
Tuan Haji Abdul Wahab
Tuan Haji Assaiya
Muhammad Mahzub
Tuan Haji Ahmad Nadur.

Jika dilihat kepada persatuan, peribadi dan jumlah yang hadir semasa perhimpunan atau muktamar penubuhan PAS itu, yang kebanyakannya terdiri dari tokoh-tokoh agama, maka secara tidak langsung menunjukkan bahawa elemen dan semangat perjuangan Islam telah tersemai bersama PAS semenjak awal penubuhannya lagi.

Elemen Islam dalam PAS ini lebih terserlah lagi apabila usaha yang dibawa oleh Yang Dipertua Agung Pertamanya, Ustaz Haji Ahmad Fuad Hassan untuk menyetujui gagasan National Conference tajaan Dato’ Onn Jaafar (ramai yang berpendapat di sini bahawa Haji Ahmad Fuad mungkin terpengaruh dengan cara politik Dato’ Onn yang juga merupakan rakan karib beliau) tidak diterima oleh ahli dan penyokong-penyokong PAS.

Kegagalan Haji Ahmad Fuad mendapatkan sokongan ahli dan penyokong-penyokong PAS ini sekali lagi menunjukkan bahawa kesedaran mendalam mengenai politik Islam di kalangan ahli dan penyokongnya telah wujud walaupun PAS sendiri ketika itu masih berada pada tahap yang lemah.

Akhirnya, dalam satu Perhimpunan Khas pada September 1953, Haji Ahmad Fuad terpaksa mengambil jalan keluar dengan meninggalkan PAS bagi bersama-sama Dato’ Onn (menyertai Parti Negara).

Kesedaran Islam di kalangan ahli dan penyokong PAS inilah yang menjadikan satu ciri keistimewaan kepada perjuangan PAS walaupun sepanjang sejarah perjuangannya ramai di kalangan pemimpin atasnya meninggalkan parti, namun parti terus hidup, malah lebih kental dan subur.

KINI.. Tiada lagi pimpinan ulama dalam pimpinan tertinggi PAS. Yang tinggal hanya golongan yang menjadi buah catur DAP. Apa saja yang DAP mahukan PAS akan menurut dan mencari hadis yang boleh memusingkan kepada kehendak DAP itu. 

PAS laungkan DAP semakin memahami Islam, DAP kini dah boleh baca Al-Quran walaupun tidak mempunyai akidah Islam. PAS dah cukup gembira.

Namun disebalik kegembiraan PAS, DAP berjaya mengubah dasar negara Islam kepada Negara Berkebajikan. DAP juga berjaya mengunci hasrat PAS untuk menubuh negara Islam.

Adakah ini semua sebuah perjuangan PAS ke arah menegakkan Islam? Jika terperangkap, PAStinya PAS akan menuding jari kepada UMNO kononnya gagal dalam memastikan Islam terus terpelihara.

Disebalik itu, PAS lupa, segala hadis dalam Al-Quran mereka tafsir hanya untuk keperluan peribadi politik mereka.